Pengarah Adrian Teh mendedahkan telah berdepan dengan detik cemas apabila diminta untuk membatalkan penggambaran filem Malbatt: Misi Bakara ketika berada di sempadan Turki-Syria.
Menurut Adrian, 39, penggambaran filem itu yang melibatkan pelbagai aksi termasuk tembak-menembak dan letupan telah menimbulkan salah faham sehingga menjadi tular di negara tersebut.
“Penggambaran kami lakukan di bandar bernama Gaziantep terletak di selatan Turki. Ia sempadan Syria, sangat dekat kira-kira 10 minit jika memandu kereta. Kita tahu bahawa secara fakta, Turki telah menceroboh Syria.
“Ketika kami lakukan penggambaran, kami diibaratkan menduduki bandar itu. Kami tutup jalan, bina tangki, latih askar siap ada tembak-menembak. Bandar itu besar, jadi mereka pelik mengapa ada askar lalu lalang di kawasan itu.
“Bila begitu, ia telah menimbukan salah faham sehingga pemerintah Gaziantep meminta kami untuk menghentikan penggambaran,” ceritanya.
Adrian berkongsi kepada media ketika sidang media pelancaran treler dan poster filem Malbatt: Misi Bakara, baru-baru ini.
Paling tidak disangka, Adrian memberitahu penggambarannya telah tular di media sosial ketika itu.
“Penduduk di sana sudah maklum bahawa kami lakukan penggambaran. Manakala penduduk di kawasan sempadan sebelah lagi satu (Syria) tak tahu mengenai perkara itu. Lalu mereka ambil gambar dan mula tular di laman sosial," kongsinya.
Demi mahu meneruskan penggambarannya, Adrian dan pasukannya terpaksa menjelaskan perkara tersebut dengan datuk bandar kawasan Gaziantep.
Akhirnya, mereka dibenarkan menyambung penggambaran dengan syarat media antarabangsa mestilah dibenarkan untuk datang dan melawat lokasi penggambaran filem berkenaan.
“Ketika itu saya terpaksa berjumpa dengan datuk bandar dan berbincang. Saya terangkan kepadanya bahawa senjata yang digunakan di dalam filem ini hanyalah sekadar aset, ia tidak boleh berfungsi sebagai senjata sebenar.
“Kita datang dengan aman dan kasih sayang. Bukan untuk berperang. Mereka akhirnya faham dan meletakkan syarat untuk membenarkan media masuk ke kawasan penggambaran. Ketika itulah banyak media antarabangsa datang.
“Lucunya, mereka sangka saya anak Perdana Menteri Malaysia. Bukan Dafi,” selorohnya.
Filem yang menceritakan tentang perang saudara di Somalia pada tahun 1993 itu menelan belanja sebanyak RM20 juta sekali gus. Malbatt: Misi Bakara menjadi antara filem termahal yang pernah dihasilkan di Malaysia.
Malbatt Misi: Bakara membariskan 17 pelakon lelaki hebat antaranya Bront Palarae, Shaheizy Sam, Zahiril Adzim, Tony Esuof, Adlin Aman Ramli, Dafi Ismail, Iedil Putra dan ramai lagi.
Syafiqah Jalal
Sat Jun 03 2023


Universiti Di Ireland Tawar Ijazah Jadi Influencer
Jangan terkejut tapi laporan ini benar.
Nabila Razali Boyish? Insomniacks Bongkar Bestfriend Ajak Kahwin? | Motif Trending
Baru tahu Nabila dulu boyish rupanya. Lelaki pun takut nak ngorat tau. Tapi betul ke Danial Insomniacks kecewa BFF sendiri tak ajak ke majlis kahwin? Apa jadi? Jom layan full interview sekarang!
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
Astro Baharu. Tak Macam Dulu! Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
Astro Baharu. Tak Macam Dulu! Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
#AstroBaharu

TFight Festival Lakar Sejarah Di Malaysia Book of Records, Berjaya Himpun 20,000 Pengunjung!
Langkah proaktif memperkenalkan sukan patuh syariah!

Lelaki Ini Berjanji Pakai Selipar Ke Pejabat Kalau Ameera Khan Tunaikan Permintaannya
Janji apa tu?

GV10: “Terpaksalah Dijahit Celah Kangkang I Tu Sambil Berdiri” - Aishah
Momen tak boleh dilupakan!

Tunggu Sampai Seru, Eyka Farhana Tak Tolak Bersuamikan Akhyar Rashid
Eyka nak fokus karier.

“Takut Reput Je Muka Hang…” - Che Ta Tegur Aaisyah Sebab...
Alahai comel je Aaisyah...

"Kau Pantau Sikit Handphone Aku..." - Ira Kazar Jawab Tuduhan Buat Akaun Palsu Ganggu Puteri Sarah
Ira tak buat akaun palsu la...
Peraduan Sepahtu Reunion Live Tour

Sebab Terlalu Penat Nak Mengunyah, Afgan Minum Smoothie Dada Ayam Campur Pisang
Sedap ke?