Laman Utama

Tular Foto Beli Dua Troli Tuala Wanita – “Tipulah Kalau Saya Tak Malu, Semua Orang Pandang…”

gempak
Fiza Kamarudin
07/02/2021
13:50 MYT
Sponsor Banner
Tular Foto Beli Dua Troli Tuala Wanita – “Tipulah Kalau Saya Tak Malu, Semua Orang Pandang…”
Pengasas Pertubuhan Ziarah Amal Kampung To Kampung (K2K), Mohamad Farid Yusoff akui malu ketika membeli tuala wanita dalam kuantiti yang banyak baru-baru ini.
Mohamad Farid berkata, situasi ketika itu menyebabkan dia berasa segan apabila orang ramai yang di dalam premis memandang.
Bagaimanapun katanya, perasaan tersebut diketepikan demi demi membantu mereka yang memerlukan.
"Semalam (Jumaat) adalah pengalaman pertama saya membeli tuala wanita dan tipu kalau saya katakan tidak malu.
"Lebih-lebih lagi kerana membelinya dalam kuantiti yang banyak hingga ada beberapa individu memandang hairan ketika saya berada di dalam premis.
"Namun, niat asal saya adalah membantu wanita memerlukan terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi saya buang rasa malu itu dan urusan pembelian jadi mudah kerana saya dibantu seorang rakan wanita yang ikut sama berbelanja," katanya. Mohamad Farid berkata, tuala wanita itu sebenarnya dibeli untuk disumbangkan kepada gelandangan, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampuan di sekitar Batu Kawan, Pulau Pinang.
"Saya cuma mahu beri kesedaran kepada golongan lelaki bahawa mereka juga boleh membantu wanita membeli keperluan itu," katanya positif.
Tambah Mohamad lagi, sebanyak 100 pek tuala wanita dibeli menggunakan dana hasil sumbangan orang ramai dan akan diagihkan kepada penerima, hari ini.
"Ini kali pertama saya mengambil inisiatif membeli dan menyumbang tuala wanita.
"Sebelum ini, saya lihat ada individu lain melakukannya tetapi dalam kalangan wanita juga.
"Jadi saya ambil inisiatif untuk turut melakukannya kerana menyedari ia adalah satu keperluan bagi semua wanita," katanya.
Menurutnya, inisiatif itu akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
"Ini adalah permulaan dan saya berharap inisiatif saya menjadi inspirasi kepada individu di luar sana terutama lelaki untuk turut sama membantu wanita yang memerlukan.
"Saya percaya banyak NGO di luar sana aktif mengumpul dan menyampaikan sumbangan jadi tuala wanita boleh menjadi salah satu barangan disumbangkan kepada penerima selain keperluan asas," katanya.
Terdahulu tular di laman sosial Twitter foto Mohamad Farid, 32, bergambar dengan troli yang dipenuhi dengan tuala wanita.
Gambar tersebut mendapat perhatian warganet dengan rata-ratanya memuji sikap Mohamad Farid kerana sanggup mengetepikan rasa malu untuk membantu wanita yang memerlukan.
Sumber/Foto: Harian Metro, Twitter Mohamad Farid
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024