Atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri mencuri perhatian wargamaya apabila dipercayai menggunakan pembersih muka lelaki semasa melakukan terjunan di sebuah acara sukan.

Menerusi laman sosial Twitter, tular dua keping foto Dhabitah memegang pembersih muka Garnier Men, sebotol air minuman sukan Gatorade yang dikongsi oleh seorang pengguna.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya berpendapat pembersih muka tersebut digunakan untuk membilas wajah sebaik sahaja terjunan dilakukan.

Selain itu, ada juga yang membuat pendedahan mereka menggunakan pembersih muka yang sama kerana suka dengan kesan berangin.

Aku lelaki pun sampai 8 skincare sekali pakai, dia pakai Garnier Men,” usik seorang wargamaya.

Relaks je, hahahaha. Mungkin sebab kulit tak makan dengan makeup lagi kot. Jarang tengok dia bermakeup,” kata seorang wargamaya.

Don’t ask me WHYYYYY i suddenly tukar to that cleanser,” komen seorang wargamaya.

Facewash tu berangin kan. Naik la saham brand tu nanti,” ujar seorang wargamaya.

Aku pernah baca yang actually pencuci muka lelaki efektif dekat perempuan. Hahaha taktau lah setakat mana kesahihan nye. Mungkin boleh cuba,” cadang seorang wargamaya.

Tapikan Garnier Men tu sumpah best pakai sebab sejuk pastu muka rasa cam auto licin skskksks,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian pengguna tersebut telah menerima hampir 2,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Pada acara akhir tiga meter papan anjal individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo semalam, Dhabitah mempamerkan aksi membanggakan dengan mengutip 326.15 mata untuk memberi tentangan sengit sepanjang lima pusingan.

Untuk mencuba pencuci muka seperti Dhabitah, anda boleh klik di sini.


Kredit foto: Twitter @akak_pening