gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Sentiasa Doakan Yang Terbaik Buat Bella Astillah & Syed Saddiq” - Muaz Zabir
HIBURAN
Nadin Amizah Diraba Peminat Lagi Ketika Konsert - "Tubuh Yang Sangat Saya Jaga Disentuh Sesuka Hati"
HIBURAN
Keith Foo Sedang Dalami Islam, Riena Diana Belum Sedia Umum Berita Gembira - “Dia Beri Saya Peluang Untuk Pilih Nama…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

COVID-19

Tular HelpDesk Cara Cepat Dapat Vaksin? Tak Ada Jalan Pintas, Itu Palsu!

Mya Amri
Mya Amri
05/07/2021
02:33 MYT
Sponsor Banner
Tular HelpDesk Cara Cepat Dapat Vaksin? Tak Ada Jalan Pintas, Itu Palsu!
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat mesej palsu telah tersebar di media sosial berhubung jalan pintas untuk mendapatkan janji temu suntikan vaksin.
Berita tersebut dimaklumkan KKM menerusi posting di akaun Instagram rasminya semalam.
Menerusi hantaran tersebut, KKM meminta supaya orang ramai tidak mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam mesej palsu tersebut.
“Terdapat mesej PALSU sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu.
“Orang ramai diminta untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih yang dihantar kepada MySejahtera,” jelas KKM.
Terdahulu, tular kaedah yang mendakwa dapat mempercepatkan proses panggilan temujanji untuk suntikan vaksin menerusi bahagian HelpDesk di aplikasi MySejahtera yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter.
Malah pengguna itu mendakwa dia telah mencuba kaedah tersebut dan berjaya mendapatkan janji temu vaksin selepas sekian lama menunggu.
Topic Berkaitan
#Vaksin
#KKM
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#HelpDesk
#Isu Vaksin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement