Laman Utama
Tular Isteri Mengidam Lamborghini, Sekali Netizen Cakap; “Kau Dalam Pantang Esok Suami Mengidam Wife Baru Pulak!”
Sejak semalam tular di media sosial mengenai seorang usahawan produk dikenali sebagai Anes Ayuni yang sedang hamil anak sulung, mengidam kereta mewah jenis Lamborghini.
Menerusi video yang dikongsi di media sosial, Anes Ayuni atau Yunie meminta suaminya Ahmad Weldan membeli kereta berharga RM3juta tersebut.
Melihat suaminya tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika Yunie merengek menuntut permintaan dilunaskan, dia licik memberikan alasan bayi dalam kandungan yang mahukan kereta tersebut.
“Hari ni Yunie ajak suami tengok Lamborghini, sebab Yunie mengidam. Tapi suami tak setuju nak beli.
“Puas Yunie pujuk dan rayu sebab bukan Yunie yang nak, tapi baby yang nak,” kongsi Yunie menerusi akaun Tik Toknya.
Rakaman berdurasi satu minit 21 saat itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet termasuk menganggap Yunie mengada-ngada.
“Ini bukan mengidam, tapi mengada-ngada,” komen seorang warganet.
“Dalam pantang esok, suami mengidam wife baru pula,” kata seorang lagi.
Tidak kurang juga yang mendakwa video tersebut dihasilkan sebagai strategi pemasaran semata-mata.
“Alah…nanti viral mesti orang cari dia jual produk apa. Dalam video pun dia sebut dia jual vitamin,” kata seorang warganet.
Bagaimanapun perkongsian Yunie itu telah mencecah 2.6 juta tontonan di TikTok, 232,000 tanda suka dan 15,500 komen netizen.
@ayunieso24
Please uolss tlg yuni , dia cabar yuni dapat 100k like baru dia nak beli ?? yuni mengidam sangat ??? ##fyp♬ [Animals and dishes] Cute BGM - Sound Owl
Must-Watch Video