Viral

Tular Isu Air Kosong RM5, Pihak Restoran Mohon Maaf, Dakwa Pekerja Cuai

gempak
Mya Amri
30/12/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
Tular Isu Air Kosong RM5,  Pihak Restoran Mohon Maaf, Dakwa Pekerja Cuai
Sebuah restoran di Jalan Pantai Chenang, Langkawi yang tular baru-baru ini kerana terpalit dengan dakwaan caj pesanan air kosong RM5 tampil membuat permohonan maaf.
Permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan menerusi hantaran di Facebook Langkawi Hari Ini (LHI).
Pihak restoran berkenaan meminta pelanggan terbabit menghubungi mereka semula untuk memulangkan caj berlebihan yang dikenakan.
“Pihak restoran ingin berkongsi maklumat sikit dengan isu air kosong RM5 beserta dengan resit yang customer terima pada 21 Disember.
“Di sini, pihak restoran ingin mohon maaf kepada customer sebab staf kita telah membuat silap masuk bill atas kecuaian.
“Staf kita tersilap masuk nombor kod (1111) Nescafe dan lupa tukar harga asal – nombor kod (CA07) air kosong (System Error).
“Untuk sarapan pagi, kita baru bermula pada tempoh cuti sekolah ini dan banyak juga pekerja kita masih baharu.
“Kita mohon maaf atas kesilapan ini, sistem masih baharu untuk pekerja baharu sebab itu boleh tersalah key in. Kita akan pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi,” maklumnya.
Jelas pihak mereka lagi, restoran mereka beroperasi sejak tahun 2015 dan caj bagi air kosong adalah RM1 sejak dahulu lagi.
“Kedai kita dah beroperasi sejak tahun 2015 dan caj untuk air kosong adalah RM1, tak pernah tukar.
“Pihak restoran harap segala salah faham dapat dijelaskan dan sekali lagi mohon maaf kalau ada salah silap dari pihak kita.
“Terima kasih semua yang sudi bagi feedback dekat kita, kita janji akan berubah menjadi lebih baik untuk serve lagi baik,” tulisnya.
Terdahulu, tular sekeping resit yang memaparkan harga bagi pesanan air kosong sebanyak RM5.
Isu itu menjadi pendebatan dalam kalangan orang ramai kerana harga minuman terbabit dianggap keterlaluan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live