,
Laman Utama

Tular Kerana Mengait, Rupanya Tom Daley Pernah Hadiahkan Baju Kait Buat Atlet Terjun Negara - “Tak Tau Pulak Mereka Bestie”

Azwa Rahman
03/08/2021
05:35 MYT
Atlet terjun Great Britain Tom Daley yang tular kerana mengait di kerusi penonton sewaktu acara tiga meter terjun papan anjal wanita untuk temasya Olimpik 2020 rupanya pernah memberikan sehelai baju kait buat sahabat baiknya yang juga penerjun negara, Cheong Jun Hoong.
Menerusi laman sosial Instagram, Jun Hoong berkongsi foto bersama sehelai kardigan yang dihadiahkan oleh Daley untuk tatapan umum.
Thanks for the special handmade gift, just lovely,” tulis Jun Hoong di ruangan kapsyen.
Walaupun foto tersebut dimuat naik sekitar awal Mei yang lalu, kini ia dihujani dengan komen daripada wargamaya yang baru mengetahuinya sejak momen mengait Daley tular.
Rata-rata wargamaya memuji hasil kaitan Daley yang kemas dan Jun Hoong kelihatan comel sewaktu menggayakannya.
Omg tolong kirim salam kat Tom Daley, i like him so much, lucky you,” komen seorang wargamaya.
Aura kejuaraan Tom melekat dekat you. Good luck,” ucap seorang wargamaya.
Comel la baju yang Tom kait tu,” puji seorang wargamaya.
You look awesome and real cute in Daley’s knitted jumper. Godspeed, Malaysia is behind you all the way,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 6,000 tanda suka daripada wargamaya.
Sekadar info, Jun Hoong akan beraksi bersama Pandelela Rinong untuk dalam acara 10 meter platform individu wanita pada Rabu ini.
Daley pula merupakan pemenang pingat emas dalam acara terjun 10 meter platform berirama pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pemenang 5 Kali Pingat Olimpik, Tom Daley Umum Bersara Sukan Terjun - "Inilah Waktu Sesuai Untuk Menamatkannya"

gempak
13/08/2024
02:30 MYT
Atlet Britain, Tom Daley mengumumkan persaraannya daripada sukan terjun selepas berakhirnya Sukan Olimpik 2024 di Paris, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Laman Utama

Selepas 22 Tahun Bawa Nama Negara, Atlet Terjun Cheong Jun Hoong Umum Bersara

gempak
05/01/2022
09:15 MYT
Terima kasih Jun Hoong.
Laman Utama

#GempakSpot: Temasya Olimpik & Paralimpik Tokyo 2020, Bila Wira Keyboard Yang Sempurna Lebih Cacat Dari OKU

gempak
05/09/2021
03:49 MYT
Jaga adab walaupun kita berselindung di sebalik profil media sosial
Laman Utama

Rahsia Ketenangan The Pocket Rocketman; Khatam Al Quran & Bawa Pulang Pingat Perak

gempak
14/08/2021
05:45 MYT
Terbaik!
Laman Utama

“Pakcik Pacer” Keirin Tarik Perhatian, Rupanya Dia Adalah Bekas Atlet Berbasikal Kebanggaan Jepun!

gempak
09/08/2021
03:52 MYT
Terer la "pakcik pacer" ni!