Tular Kes 6 Gadis Malaysia Tak Dibenarkan Menaiki Kapal Terbang Ke Perth, Ini Penjelasan Pesuruhjaya Tinggi Australia

Azwa Rahman
Ogos 8, 2019 12:05 MYT
Susulan tular enam gadis Malaysia yang tidak dibenarkan menaiki kapal terbang untuk bercuti ke Perth, Australia, kisah mereka telah menarik perhatian pihak Kedutaan Australia di Malaysia.
Menerusi laman sosial Twitter, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski menjelaskan perkara itu agar ia boleh difahami oleh semua pihak.
“Pegawai Perhubungan Penerbangan (ALO) yang bekerja di lapangan terbang akan memastikan pelancong ke Australia memenuhi keperluan kemasukan kami.
“Saya tidak dapat memberikan komen mengenai kes anda (gadis tersebut) tetapi kira-kira 400,000 rakyat Malaysia melawat Australia setiap tahun tanpa sebarang masalah,” jelasnya menerusi satu tweet.
Menurut Goledzinowski lagi, Malaysia merupakan satu daripada empat negara Asia yang mendapat visa dalam talian.
“Tiada sistem yang sempurna tetapi ia berfungsi. Ini bukan sahaja mengenai perihal ‘profiling’. Kami mahu mengekalkan status itu. Ini bermakna kita perlu memberi perhatian kepada siapa yang datang,” ujarnya lagi.

Hi Reen. ?? Airline Liaison Officers work at airports around the ? to help make sure travellers to Australia meet our entry requirements. I can’t comment on yr specific case, but about 400,000 M’sians visit ?? every year w/o problems. https://t.co/0hxcdQdVgP

— Andrew Goledzinowski (@AusHCMalaysia) August 8, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah merumitkan apabila Malaysia kini berada di tangga pertama kes tinggal lebih masa dan bekerja secara haram.
“Ada yang datang untuk bekerja secara haram atau tinggal lebih masa. ALO kami sangat terlatih dan berpengalaman untuk mengenal pasti perkara ini, sekali gus membantu menghalang beratus-ratus pelanggaran,” jelasnya lagi di akhir thread.
Penjelasan ini nampaknya mengundang pelbagai reaksi pengguna Twitter.
“Jadi, siapa yang seharusnya membayar ganti rugi/mengembalikan duit perbelanjaan mereka? Ia tidak murah untuk warga Malaysia. Tiba-tiba dihalang untuk menaiki kapal terbang tanpa alasan,” ujar seorang netizen.
“Tentunya mereka telah terlatih untuk mengenal pasti. Tapi anda punya hak untuk membenarkan sesiapa sahaja yang anda inginkan tetapi selepas kelulusan visa dan semua perbelanjaan. Tolonglah berlaku adil,” marah seorang netizen lagi.
“Mungkin anda patut lihat kembali Prosedur Operasi Standard yang digunakan, kerana berdasarkan kisah mereka, penguatkuasaan oleh pegawai itu nampaknya tidak melalui prosedur tertentu,” cadang seorang netizen.
Minggu ini tular kisah sekumpulan gadis yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lunpur 2 kerana tidak dibenarkan menaiki kapal terbang ke Perth, Australia.
Impian percutian bertukar mimpi ngeri apabila mereka ditahan seorang ALO yang melarang mereka ke negara kangaru itu gara-gara dilabel ‘tidak kelihatan seperti pelancong’.
#Malaysia #Australia #Travel