Penyanyi Aiman Tino nekad untuk mencari dalang sebenar di sebalik penyebaran video miripnya yang kembali tular baru-baru ini.

Kata Aiman kepada Harian Metro, dia akan meneruskan semula laporan polis yang pernah dibuat sebelum ini.

"Tempoh hari saya sudah buat laporan. Jadi, kita akan teruskan lagi kali ini. Lagipun, dalam laporan terdahulu saya memang beri amaran.

"Jika perkara sama berulang, kita tidak teragak-agak untuk mencari dalang sebenar,” katanya.

Sejak semalam, kecoh apabila sepotong rakaman video memaparkan aksi tidak senonoh seorang lelaki mirip penyanyi itu tersebar di Twitter.

Ini adalah kejadian kedua menimpa Aiman selepas kali pertama pada Mac lalu yang menyaksikan Aiman menafikan dia adalah lelaki dalam video berkenaan.

BACA: Video Lucah Mirip Aiman Tino Tersebar?

BACA: Isu Video Lucah, Ini Penjelasan Aiman Tino


"Saya tidak tahu apa motifnya. Setahu saya, saya tak bermusuh dengan sesiapa. Tak tahulah pula kalau mereka iri hati.

"Bagi saya ini dugaan dalam hidup dan perkara sudah berlaku. Lagipun, ini cerita lama dan orang sudah lali. Bukan saya seorang yang kena, ada ramai lagi artis kena perkara sama. Boleh jadi ini adalah ‘scam’ yang mana ada kumpulan tertentu sengaja nak mengenakan artis.

"Apabila terjadi sekali lagi pada saya, pemikiran orang kita pun tetap sama. Mereka pun tahu sejauh mana kebenarannya," tambahnya.

Dalam masa sama, Aiman menafikan komputer riba miliknya yang dicuri selepas kereta Perodua Myvi miliknya dipecahkan di Kampung Melayu Subang, Selangor pada 5 September lalu mengandungi video itu.

Sumber: Harian Metro