VIRAL
Tular Letak Telur, Kopi & Beri Duit Di Atas Kubur Sebagai Tradisi Ziarah Raya
Sepotong rakaman video yang kini tular di akaun TikTok mengenai tradisi meletakkan telur dan memberi duit di atas kubur di sebuah desa di Indonesia menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.
Hal ini lantaran tradisi tersebut disifatkan sebagai bukan dalam ajaran agama apa lagi Islam.
Terdahulu, menerusi video sama terlihat satu keluarga sedang melakukan ziarah kubur anggota famili yang telah meninggal dunia.
Apa yang menjadi perhatian adalah kubur tersebut dialas dengan kain batik lepas manakala di atasnya disusun telur didakwa telur itik, kopi, bunga tabur dan beberapa keping wang.
Malah sebahagian keluarga yang lain dilihat santai seperti berkelah sambil minum di tepi kubur.
Perlakuan tersebut didakwa sebagai tradisi biasa yang dilakukan sejak zaman nenek moyang di Selang, Cibitung, Bekasi.
“Ziarah kubur orang tua, tradisi adat kampung ini (orang Selang, Cibitung). Biarkan sahaja kerana kami hanya meneruskan tradisi yang telah dilakukan orang terdahulu,” tulis kenyataan kepada video tersebut seperti dilaporkan Banjarmasin.Tribunenews.
Menurut laporan sama, duit yang diletakkan di atas kubur akan dibawa pulang dan diberikan kepada orang yang datang menziarah. Selain itu telur yang diletakkan juga akan dimakan bersama-sama.
“Telur dimakan bersama, duit diberikan kepada cucu cicit dan anak-anak,” tambah kapsyen itu lagi.
Must-Watch Video