Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tular Magnet Melekat Di Bahagian Suntikan Vaksin, Fizo Omar Bengang Dengan Pencipta Video! – “Fikir Logik Sikit Boleh Tak?”

Fiza Kamarudin
17/05/2021 13:22 MYT
Pelakon Fizo Omar berang apabila menonton video tular memaparkan seorang individu lelaki yang mendakwa magnet melekat di bahagian suntikan pada tubuh individu yang sudah menerima vaksin.

Fizo menerusi hantaran di laman sosial Instagram berkata, perkara tersebut sama sekali tidak masuk akal dan meminta orang ramai tidak mempercayainya.

Fizo turut mencabar individu yang merakam video tersebut membuktikan perkara yang ditunjukkan itu benar.

“Cuba la fikir logik sikit, ada ke patut cakap dalam vaksin tu ada cip ada cip untuk nak trace kita, ada macam-macam bendalah dalam vaksin ni. Eh guna akal boleh tak?

“Sorrylah benda-benda macam ni Abe Joe tak leh accept la. Kita sama-sama nak tamatkan covid ni kan, jadi tak perlu la ade unsur-unsur macam ni yang boleh menggagalkan misi kita sendiri,” tulisnya.

Kata Fizo lagi, video seumpama itu lah yang menyebabkan orang ramai semakin takut untuk mengambil suntikan vaksin.

“Aku buat video ni bersungguh-sungguh bukan sebab apa. Sebab video macam nilah orang takut nak ambil vaksin.

“Cuba fikir waras, cuba jangan kolot…Yang buat video tu buktikan kalau betul! Kerajaan dah beli vaksin berbilion, bawa masuk. Kerja kita pergi cucuk je.

“Yang korang buat video menakut-nakutkan orang kenapa? Jangan sebab video engkau viral satu Malaysia, semua orang takut,” katanya sambil melakukan demonstrasi sama.

Fizo yang baru mengambil vaksin Astrazeneca pada lima hari lalu turut meletakkan magnet pada bahagian suntikan di lengannya, namun tidak melekat seperti dalam tayangan video yang tular.

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen hantaran tersebut, Fizo turut mengucapkan terima kasih kepada para pengikut yang telah berkongsi videonya itu.

“Terima kasih kepada semua yang share video ni dengan niat kita sama-sama nak menyedarkan mereka yang masih lagi dipengaruhi dengan info negatif tentang vaksin ini.

“So far Abe Joe dan Mama dah ambik lima hari lepas…OK je. Tak ada side effect pun. Jangan percayalah weh…Semua ni dgn benda yang karut marut k,” tulisnya.

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

#Viral #Fizo Omar #Vaksin AstraZeneca #Vaksin Agenda
;