Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tular Pesawat Ringan Mendarat di PLUS, Dua Juruterbang Stabil

Maliah Surip
22/11/2020 09:55 MYT
Laman media sosial hari ini dipenuhi dengan foto foto tulat sebuah pesawat ringan yang mendapat cemas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), pagi tadi.

Pesawat ringan jenis Beechcraft Model 35 Bonanza itu melakukan pendaratan cemas di PLUS (arah selatan) dekat Sedenak, Johor kerana mengalami masalah teknikal.

Bagaimanapun, dua juruterbang warga Singapura yang menerbangkan pesawat ringan itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Awani melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, juruterbang pertama, Dr Yang Kuang Ying, 52, dan pembantunya, Saleehullah Abdul Majid, 41, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow ketika ditemui memaklumkan, kedua-dua juruterbang disahkan mempunyai kebenaran untuk melakukan penerbangan dan hanya ingin melengkapkan rekod penerbangan rutin mereka.

“Saya sudah tengok, memang ada kebenaran untuk mereka dapatkan ‘flying hours’ biasa. Mereka membuat ‘routine fly’ biasa.

‘Mereka membuat (penerbangan) dari Singapura ke Melaka dan balik. Selepas itu buat satu pusingan lagi lepas buat dari Singapura ke Melaka balik untuk dapatkan 'flying hours',” katanya ketika ditemui di sini hari ini.



Sementara itu BERNAMA melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Kapten Chester Voo berkata pesawat ringan jenis itu telah dipindahkan ke lokasi yang tidak menghalang lalu lintas di lebuh raya.

Menurutnya pasukan mencari dan menyelamat telah menyelesaikan semua tugas-tugas yang diperlukan dan siasatan akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

Sumber: BERNAMA, Awani

Kredit Foto: Awani, Berita Harian, FreeMalaysianToday, Kosmo



#PLUS #mendarat #Pesawat Ringan
;