Tular Plat Kereta 'Isteri YAB Perdana Menteri', Ini Jawapan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Syafiqah Jalal
25/06/2023 06:20 MYT
25/06/2023 06:20 MYT
Gambar yang tular di media sosial semalam melibatkan plat kenderaan isteri Perdana Menteri bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong menjelaskan, sebaliknya sudah menjadi amalan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.
"Saya mengambil perhatian bahawa pada hari ini gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu telah tular di media sosial.
"Adalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.
Kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu.
"Plat yang ditularkan adalah bukan atas permintaan Datin Seri Dr Wan Azizah," katanya.
Sebelum itu, tular video dan gambar di media sosial yang memaparkan plat kenderaan Isteri YAB Perdana Menteri dan mendakwa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengampu Perdana Menteri.
Sumber: Sinar Harian