Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tular Rakaman CCTV Menyeramkan Ketika Tuan Rumah Balik Kampung – “Bapak Scary Anak Patung Tu”

Syafiqah Jalal
07/07/2023 09:44 MYT
Tular dua rakaman kamera litar tertutup, CCTV sebuah rumah yang menyeramkan ketika ketiadaan pemiliknya.

Seorang pengguna Twitter, @deen.md berkongsi dua rakaman CCTV yang dipercayai rumah salah seorang penduduk kawaran perumahannya yang menunjukkan pergerakan sebuah anak patung serta penampakan bayang Lembaga hitam di dapur.

Difahamkan rakaman itu diambil ketika tuan rumah serta seluruh keluarganya bercuti pulang ke kampung sewaktu sambutan Raya Haji baru-baru ini.

“Group whatsapp taman rumah aku tengah kecoh sekarang ni ada orang share video cctv masa dia balik kampung raya haji haritu.

“Korang cuba tengok bapak scary anak patung tu. Sebab tu lah aku tak suka dengan anak patung ni,” ciapnya.

Menerusi ciapan itu dia memuat naik video menunjukkan sebuah anak patung di dalam almari tiba-tiba berpusing dengan sendirinya.

Sebuah lagi rakaman yang dipercayai di rumah yang sama menunjukkan penampakan bayangan lembaga hitam di cermin kabinet dapur rumahnya.

“Oh shitt! Korang cuba perhati dekat cermin kabinet tu. Seriau aku terus tak trauma nak ambil air dekat dapur malam-malam,” ciapnya.

Ciapannya itu mendapat pelbagai reaksi pengguna laman sosial berkenaan.

“Seram mak!” kata seorang pengguna laman sosial itu

“So you say that chucky is real?,” tanya seorang pengguna Twitter.

“Tapi kenapa bila tengok patung bergerak dalam Toy Story kita rasa cute,” tanya seorang netizen.

“Aku pula gatal pergi buka video ni. Malam karang tak boleh tidur,” komen seorang warga maya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tular #Rumah #Balik kampung #CCTV #Menyeramkan #Rakaman #Tuan