Tular Resipi Mudah Roti Garlic Cheese Korea, Hanya Guna Roti Burger Sahaja!

Azwa Rahman
Julai 24, 2020 10:32 MYT
Semakin hari roti yang berinti krim cheese bawang putih ini menjadi kegilaan dan tular di laman sosial.
Diberi jolokan nama sebagai roti garlic cheese Korea, rupanya ada cara mudah untuk membuatnya dan rasanya pasti sedap!
Menerusi laman sosial Facebook, seorang pengguna Mis Fiona Azua berkongsi resipi roti ini yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
Berikut adalah perkongsian resipi roti garlic cheese Korea:
Bahan untuk roti
Empat biji roti burger dibelah di bahagian atas terapi jangan sampai putus.
Bahan untuk cream cheese
Bahan: Seketul cream cheese, empat sudu besar gula dan 50ml susu cair.
Cara penyediaan: Masukkan kesemua bahan cream cheese dan gaul sehingga jadi keju seperti buat kek. Kemudian, letakkan di tepi dahulu.
Bahan untuk garlic
Bahan: butter garlic dan dua biji telur.
Cara penyediaan: Cairkan butter garlic sebanyak 3 sudu besar. Selepas cair, biarkan sejuk seketika.
Cara-cara penyediaan
1. Ambil roti tadi dan letakkan cream cheese pada bahagian tengah yang telah dipotong tadi.
2. Kemudian, celupkan roti ke dalam telur yang kita campurkan dengan garlic tadi.
3. Letakkan atas bekas oven dan bakar dengan guna suhu 170C selama 15 hingga 20 minit dan siap.
Mudah sahaja untuk buat roti viral ini. Lepas ni boleh buat sendiri, lebih menjimatkan!
#Resipi mudah #Roti garlic cheese Korea #Roti tular