Tular Sekumpulan Gajah Liar Naik Bukit, Ramai Kata Petanda Bencana Besar Tapi…
Gempak
08/10/2022 22:41 MYT
08/10/2022 22:41 MYT
Selepas tular sekumpulan gajah mendaki bukit di Simpang Kuala Betis – Lojing, Gua Musang, Kelantan beberapa hari lalu, kini kejadian sama berlaku pula di Jalan Aring-Kenyir pada Sabtu.
Kelibat kira-kira 14 ekor gajah itu melintas jalan sebelum mendaki bukit di tepi jalan berkenaan sempat dirakam seorang pengguna jalan raya pada jam 1.40 tengah hari.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang kejadian kumpulan gajah keluar dari habitatnya itu.
“Bagi saya, ia senario biasa kerana laluan tersebut sememangnya habitat bagi gajah liar tetapi bukanlah kumpulan (gajah) sama dengan yang dijumpai Gua Musang atas faktor jarak.
“Nasihat saya, pengguna jalan raya yang terserempak dengan kumpulan gajah agar segera beredar setelah keadaan didapati selamat,” katanya.
Kata Kean Seong lagi, orang ramai tidak digalakkan mengganggu gajah liar berkenaan dengan membunyikan hon kenderaan atau mengambil gambar serta video demi keselamatan diri.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 18 saat yang memaparkan sekumpulan gajah mendaki sebuah bukit di Simpang Kuala Betis-Lojing, Gua Musang.
Masyarakat Orang Asli daerah berkenaan mempercayai kejadian gajah mendaki bukit itu memberi petanda awal bencana alam akan berlaku.
Sebelum itu, seorang pemandu sebuah syarikat peladangan terserempak dengan lebih 30 ekor gajah yang bergerak secara berkumpulan di Felda Neram II, Kemaman pada 3 Oktober lalu.
KOSMO