Semalam tular apabila seekor tapir dianggarkan seberat 250 hingga 290 kilogram ditemukan sesat di tingkat lima kawasan parkir kenderaan di sebuah hotel di Banda Hilir, Melaka sebelum ditangkap dan dipindahkan ke Zoo Melaka.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Mohd Firdaus Mahmood berkata pihaknya bersama dengan petugas bomba mengambil masa kira-kira empat jam dalam operasi menangkap dan memindahkan haiwan itu.
"Pihak Perhilitan telah membuat pemerhatian dan cuba mengesan tapir itu sejak dua minggu lepas yang dipercayai sesat dari habitat asal iaitu kawasan hutan di utara Melaka yang bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Johor.
"Kita juga mendapat maklumat dan panggilan mengenai kewujudan tapir ini di beberapa tempat (sebelum ini) namun tidak berjaya dijejaki sehingga akhirnya ia ditemukan hari ini, sesat di tingkat lima, ia dipercayai naik ke tingkat atas mengikut laluan kenderaan," katanya kepada pemberita semalam.
Beliau berkata pada mulanya 10 anggota Perhilitan digerakkan ke hotel berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kemunculan haiwan itu, dan mereka menunggu tapir itu sehingga ia tenang dan stabil sebelum menangkapnya.
Katanya tapir itu mengalami luka-luka kecil di bahagian kaki dan dipindahkan ke Zoo Melaka untuk dirawat sebelum dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak.
Sementara itu komander operasi bomba Melaka, Pegawai Bomba Kanan II Sopian Hassan berkata lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah digerakkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan mengenai kemunculan haiwan itu pada kira-kira pukul 9.04 pagi.
"Sejurus tiba lima minit kemudian di lokasi kita dapati ada seekor tapir di tingkat lima hotel dan meminta Perhilitan untuk menangkap haiwan itu. Operasi tamat pada pukul 2.30 petang," katanya.
Sumber: Bernama
Syafiqah Jalal
Sun Jan 01 2023


Uyaina Arshad Simpati Dengan Nasib Kaka Azraff - "Jangan Demotivated, Ini Sebahagian Daripada Jihad"
Terdahulu akaun TikTok milik Uyaina Arshad turut disekat.
Mikha & Aya Sweet Level Potong Kaki! Fans Indonesia Vote Ke Top 20 GMW Awards 2023? | Motif Trending
Siapa tak kenal sensasi internet sekarang yang asyik viral dan paling viral “Girlfriend Lapar”. Mikha & Aya ada fan base daripada Indonesia?
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow
Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#MotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2023
#GempakMostWantedShow

Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya
Alif mahu jadi diri sendiri

Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!
Ada apa dengan kategori UNGU tu?

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”
Tahniah Mira!

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."
Leona akui tidak terkesan dengan komen netizen

Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”
Doakan yang baik-baik.

Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
Ramai suka Nas berlakon.

Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!
Anna Jobling jayakan watak Aileen.