HIBURAN
Tular Video Berpegangan Tangan Dengan Seorang Lelaki, Netizen Dakwa Itu Suami Baru Bonda Rozita?
Gosip mengenai usahawan, Rozita Ibrahim yang didakwa berkahwin dengan abang kepada pelakon Rebecca Nur AI Islam terus menjadi perbualan hangat netizen.
Terbaharu, menerusi perkongsian di TikTok, tular sepotong video yang memperlihatkan Rozita atau mesra disapa Bonda sedang melintas jalan sambil berpegangan tangan dengan seorang lelaki.
undefined
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat mengesahkan siapa lelaki tersebut namun mendakwa sosok itu merupakan suami baharu Rozita.
“Husband nampak lagi muda dari dia.
“Yang ni nampak gagah perkasa, kaya sekufu.
“Sesuai dengan Bonda, so styling gitu,” komen beberapa netizen.
Meskipun khabar angin tentang hubungan mereka sudah tersebar luas, namun pihak Bonda masih belum membuka mulut untuk mengesahkan mahupun menafikan spekulasi tersebut.
Sebelum ini, menantu Rozita iaitu Datin Seri Shahida enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit dan meminta bertanyakan kepada tuan badan sendiri.
Kata isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu, dia bukan individu yang layak untuk menjawab sebarang spekulasi yang bertebaran ketika ini.