Tular Video Di TikTok, Zubir Khan Jawab Dakwaan Sudah Berkahwin
Ainun
01/11/2024 02:55 MYT
01/11/2024 02:55 MYT
Penyanyi Zubir Khan menafikan dakwaan sudah mendirikan rumah tangga berdasarkan sepotong video yang viral bersama seorang wanita di media sosial baru-baru ini.
Menjelaskan spekulasi khabar angin berkenaan, kata Zubir wanita terbabit merupakan bekas teman wanitanya sebelum ini dan mereka sudah putus sejak tiga tahun lalu.
“Tak adalah, saya tak pernah berkawin. Saya masih bujang dan saya masih tidak mempunyai teman wanita. Saya hanya fokus pada kerjaya saya sahaja.

“Video tersebut adalah bekas teman wanita saya sebab saya telah putus hubungan dengan dia sejak 2021 dan tiga tahun saya single. Semua ada sejarah dalam percintaan kan.
"Sebenarnya punca kami putus hubungan adalah disebabkan perbezaan agama. Kami tidak mempunyai masalah yang lain," katanya kepada Gempak.
Akui Zubir, dia kini masih membuka hati dan peluang untuk berkenalan dengan wanita namun masih memberikan prioriti kepada kerjayanya.
“Saya memang tidak mencari lagi teman wanita pada waktu sekarang. Sekarang pun rezeki saya mencurah-curah dan sekarang ini pun saya sudah pun sibuk dengan rezeki saya sendiri lagi-lagi saya sibuk menjaga keluarga saya, kena jaga rumah dan segalanya.
“Ia membuatkan diri saya rasa penat dan tidak mampu untuk memberikan perhatian kepada seseorang. Disebabkan itulah saya takut ia akan jadi punca pergaduhan. Kalau jodoh saya sudah sampai, saya akan terimanya dengan hati yang terbuka,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Zubir menerima Anugerah Muhibah daripada Kelab Akbhar Kebanggsaan Malaysia (NPC) Macrokioks 2024 susulan lagu berbahasa Tamil nyanyiannya yang menjadi fenomena di media sosial baru-baru ini.