Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tular Video Luang Masa Bersama Fatima, Netizen Kagum Lihat Sifat Kebapaan Fattah Amin - “Kalau Nak Tahu Lelaki Yang…”

Umirah Halim
06/11/2024 05:25 MYT

Sepotong video memaparkan pelakon Fattah Amin bersama anaknya, Nur Fatima Aisya berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun peminat, dapat dilihat kemesraan Fattah bersama anak tunggalnya itu.

Netizen komen

Apa yang menarik perhatian apabila rata-rata netizen memuji cara layanan Fattah terhadap anaknya dan mengagumi sifat kebapaan Fattah.

“Kalau nak tahu lelaki yang baik ialah lelaki yang melayan anak perempuan dengan penuh kasih sayang.

“Sayang betul dengan anak. Dari cara cium anak tu.Saya seorang nenek, seorang ibu. Fattah ni penyayang pemalu.

“Ya Allah bertuahnya Fatima daddy sayang betul. Lembut ja Fattah layan anak,” komen beberapa netizen.

undefined

Terdahulu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

BERITA BERKAITAN:Fazura Fail Tuntutan Hadanah Anak Terhadap Fattah

BERITA BERKAITAN: Infak Duit Komisen RM90,000, Fattah Amin Dapat Hadiah Kereta Mewah Pula Dari Kedai Emas? - “Bertambah Rezekinya Selepas…”

BERITA BERKAITAN: “Saya Baru Sahaja Bercerai Sebulan Lalu, Tetapi Saya Tidak Menyesal” - Fazura

Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

#Netizen #Amin #Fattah #Puji #Fatima Aisya
;