VIRAL

Tular Video Penyampai Berita Iran Tenang Sambung Siaran Langsung Walau Stesen Dibedil Israel

Khairil Khusyairi 17/06/2025 | 01:20 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video memaparkan pejabat stesen televisyen dan radio Iran dibedil rejim Zionis ketika serangan misil bertubi-tubi ke atas negara itu.
Menerusi video yang tular, Stesen Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB) di Tehran menjadi sasaran bedilan Zionis ketika siaran langsung sedang berlangsung.
Pembaca berita wanita yang dikenali Sahar Emami, terkejut dan terpaksa beredar apabila studio tersebut diselubungi debu.
Malah, satu letupan kuat turut menggegar skrin di belakang pembaca berita tersebut beberapa saat kemudian.
Turut kedengaran suaranya melaungkan “Allahu Akbar” sambil menangis.
Namun begitu, hanya beberapa minit selepas serangan itu, stesen televisyen tersebut berjaya menyambung semula siaran langsung mereka.
Menariknya, penyampai berita yang sama, Sahar Emami, terus muncul di kaca televisyen untuk menyampaikan berita.
Menurut kenyataan media tempatan, ketua IRIB, Peyman Jebeli dalam satu kenyataan menegaskan bahawa serangan ke atas ibu pejabat mereka berlaku kerana IRIB menyasarkan strategi media musuh dengan tepat.
#Live #Israel #Iran #Cemas #Tenang #“Penyampai #“Stesen #Berita” #Dibedil #Televisyen”