Tular Video Pesawat Tiada Penghawa Dingin, Malaysia Airlines Mohon Maaf
Azwa Rahman
09/05/2022 21:52 MYT
09/05/2022 21:52 MYT
Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) memohon maaf atas insiden pendingin hawa pesawat MH2710 tidak dapat dihidupkan yang berlaku semalam.
Menerusi satu kenyataan, Malaysia Airlines menyatakan pesawat yang mahu bertolak dari Kuala Lumpur ke Sandakan, Sabah itu didapati mengalami isu teknikal ketika enjin pesawat dihidupkan.
“Pesawat itu juga terpaksa kembali semula ke ruang menunggu (bay) selepas prosedur kali kedua untuk menghidupkan enjin gagal ketika melakukan ‘pushback’.
“Malaysia Airlines memohon maaf apabila pendingin hawa tidak dapat dihidupkan ketika proses baikpulih dilakukan menyebabkan persekitaran kabin menjadi panas,” katanya.
Berikutan insiden tersebut, seorang penumpang memerlukan bantuan perubatan kecemasan.
“Penumpang kemudian dipindahkan ke pesawat lain yang berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 1.37 tengah hari dan selamat tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang.
“Pihak kami kesal dengan kelewatan terbabit dan memohon maaf sekali lagi atas ketidakselesaan sementara yang dialami penumpang,” katanya.
Terdahulu, tular beberapa rakaman video penumpang MH2710 yang terpaksa berpanas di dalam pesawat selama hampir satu jam di laman sosial.
undefined
Beberapa rakaman video memaparkan penumpang mengipas diri masing-masing menggunakan kertas atau buku, bayi menangis kepanasan dan penumpang lain yang tidak senang duduk.
Sumber: Kosmo Online