Hiburan
Tular Video Syed Saddiq Kopekkan Udang Untuk Bella Astillah Buat Netizen Rasa ‘Annoying’, Ada Juga Yang Pertahan - “Diorang Pun Nak Bahagia”
Nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sering mendapat perhatian ramai terutama di media sosial.
Kupas Udang Untuk Bella
Keakraban mereka sangat jelas terpampang apabila sering memuat naik gambar dan video bersama sejak akhir-akhir ini.
Terbaharu, Bella dan Syed sekali lagi mencuri perhatian apabila dilihat sedang makan bersama di sebuah restoran.
Menerusi perkongsian sebuah video yang berdurasi kurang 1 minit itu, Syed membantu Bella mengupas lauk udang yang menjadi juadah mereka.
Biarpun video makan bersama, kemesraan Bella dan Syed sangat jelas apabila masing-masing tersenyum manis.
So shweett...😍😍😍 pic.twitter.com/Na5ZWCcayM— KroniRakyat (@KroniRakyat) February 1, 2025
Netizen Annoying?
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
Ada juga yang mengkritik Bella dan Syed kerana terlalu mesra.
“Too much minta perhatian orang. Boring scene,” kritik seorang netizen.
“Sudah-sudah ler meluat aku tengok yang terpaling bercinta,” kritik netizen lain.
“Annoying pula tengok diorang ni,” kritik netizen lain.
Ada Yang Back-Up
Namun, ramai juga yang tampil mempertahan dengan menyatakan video tersebut tiada masalah langsung.
“Ok la tu. Diorang pun nak bahagia,” komen netizen lain.
“Biar jela. Apa yang jijiknya?,” tulis netizen.
“Diorang yang romantik, kau yang gelabah…jijik tak payah tengok lah,” komen netizen lagi.
“Dia pun manusia biasa juga, layak bercinta layak rasa bahagia, bukan dia rebut laki orang atau bini orang,” komen netizen lagi.
Terdahulu, netizen 'merestui' hubungan Bella dan Syed malah mendoakan agar dua figura itu bertemu jodoh kerana disifatkan serasi dan memiliki wajah seiras.
Untuk info, Bella bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 5, selepas bercerai dengan bekas suami, penyanyi Aliff Aziz pada 13 Jun tahun lalu. Manakala, Syed Saddiq pula masih bujang.
ARTIKEL BERKAITAN: Ligat Beri Sumbangan Di Sabah, Syed Saddiq ‘Tergamam’ Tengok Bella Astillah Pandu Lori - “Dia Tak Bercakap, Diam Saja”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Nampak Kemesraan Bella Astillah Dengan Syed Saddiq Ketika Mendaki Gunung Kinabalu - “Sampai Kahwin Please”
ARTIKEL BERKAITAN: Semakin Mesra, Netizen Teruja Tengok Syed Saddiq ‘Protect’ Bella Astillah Dari Kucing - “Spontan Je Dia Pegang Tangan…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Yang Ini Approved!” - Netizen Suka Lihat Telatah Comel Bella Astillah & Syed Saddiq Membebel, Berdebat Dalam Kereta
Must-Watch Video