HIBURAN
Tular Video Zarina Anjoulie Lepak Bersama ‘Hot Daddy’, Netizen Kecewa - “Bila Duduk Sekali, Orang Fikir Lain…”
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie kembali menjadi perhatian selepas memuat naik sebuah video bersama individu dikenali sebagai Hot Daddy di Instagram miliknya.
Menerusi rakaman tersebut, Zarina atau lebih mesra disapa Anju kelihatan berbual bersama beberapa wanita di dapur.
Namun apa yang menarik perhatian ramai, muncul juga kelibat Hot Daddy yang sebelum ini pernah menjadi buruan polis kerana didakwa terlibat dengan aktiviti persundalan serta penjualan rakaman video lucah.
Kemunculan figura tersebut nyata mengundang pelbagai spekulasi selain menimbulkan persoalan mengenai tujuan mereka bertemu.
Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuk ada yang mendakwa mereka berkolaborasi untuk produk, manakala ramai yang mengecam tindakan Zarina.
“Terus unfollow Anju. Sorry but no sorry.
“Video tu rasanya tak ada… tapi bila dok sekali macam ni, orang fikir lain. Macam ada aktiviti cucuk tanam cuma tak rakam je.
“Ada kolaborasi untuk produk baru kot.
“What is wrong with you Anju? So disappointed. I hope you care to explain to your kids and your fans who these people really are.
“Geli tengok Anju kawan dengan puak ni. Sorry Anju.
Bagaimanapun, sehingga kini motif sebenar pertemuan mereka masih tidak diketahui.
Untuk rekod, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli pernah didakwa pada 2024 atas tuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X selain menjual rakaman video lucah.
Namun pada Disember tahun sama, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Hasli Ikhwan bersama dua rakan wanitanya.
Sebelum ini juga, timbul juga dakwaan bahawa Hot Daddy menetap di luar negara bersama beberapa teman wanitanya.