Viral

Tular Wanita Hamil Nak Jual Buah Pinggang Sebab Desakan Hidup, Ini Reaksi Menteri Agama

Amri Hassan
31/10/2020
23:45 MYT
Tular baru-baru ini kisah yang dikongsikan pengacara Ahmad Fedtri Yahya mengenai seorang wanita yang menawarkan buah pinggangnya untuk menyara kehidupan lantaran pandemik COVID-19.
Lebih mengejutkan apabila wanita terbabit sebenarnya sedang berbadan dua!
Tulis wanita berkenaan menerusi kiriman teks langsung kepada Fedtri; "Sekiranya ada kenalan/pesakit yang memerlukan buah pinggang, atas desakan hidup dan hutang saya nak jual buah pinggang saya sendiri."
Keterdesakan.... pic.twitter.com/aDvPpyDheY— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) October 24, 2020 Kisah itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri.
Kata Dr. Zulkifli, wanita terbabit telah dibantu oleh Pusat Zakat Selangor dengan menyalurkan sejumlah wang kepadanya.
Prihatin dan turut terkesan dengan situasi wanita itu, Dr. Zulkifli akur dengan realiti semasa dunia khususnya rakyat di negara sendiri.
"Realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun sukar untuk dipercayai. Saya dimaklumkan, beliau juga sedang hamil. Moga Allah SWT keluarkan beliau dan keluarga daripada kesempitan hidup.
"Setelah tular kes ini di Twitter, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP telah menghubungi beliau dan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada beliau.
"Memandangkan beliau tinggal di Selangor, saya juga dimaklumkan pihak Lembaga Zakat Selangor sedang mengusahakan bantuan untuk beliau. Tahniah atas usaha proaktif PPZ MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor.
"Jika anda mendapat info berkenaan isu-isu seperti ini di Wilayah Persekutuan, saya sarankan untuk terus lapor melalui aplikasi MoJA. Boleh muat turun di Play Store bagi pengguna Android.
"Terima kasih @fedtriyahya atas sebaran. Insya-Allah kita sama-sama bantu," kata Dr. Zulkifli.

Realiti yang terpaksa kita hadapi walaupun sukar untuk dipercayai. Saya dimaklumkan, beliau juga sedang hamil. Moga Allah SWT keluarkan beliau dan keluarga daripada kesempitan hidup. Setelah tular kes ini di Twitter, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP telah menghubungi beliau dan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM5,000 kepada beliau. Memandangkan beliau tinggal di Selangor, saya juga dimaklumkan pihak Lembaga Zakat Selangor sedang mengusahakan bantuan untuk beliau. Tahniah atas usaha proaktif PPZ MAIWP dan Lembaga Zakat Selangor. Jika anda mendapat info berkenaan isu-isu seperti ini di Wilayah Persekutuan, saya sarankan untuk terus lapor melalui aplikasi MoJA. Boleh muat turun di Play Store bagi pengguna Android. Terima kasih @fedtriyahya atas sebaran. Insya-Allah kita sama-sama bantu. @pusatpungutanzakat @zakatselangor @ustazshukriyusoff @saipolyazan

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Perkongsian Dr. Zulkifli itu menyentuh hati ramai yang turut berkongsi pandangan situasi semasa.
Malah, ada yang bersimpati dengan nasib wanita berkenaan dan mengharapkan agar lebih ramai yang sudi menghulurkan bantuan kepada individu senasib individu terbabit.
Foto hiasan: Carian Google IG: @drzulkifli.albakri Twitter: @fedtriyahya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Akibat Kecuaian, Wanita Kritikal Doktor Tersilap Bedah Buang Pinggang

gempak
30/05/2024
03:55 MYT
Seorang wanita berada di dalam keadaan kritikal apabila doktor di sebuah hospital swasta dilaporkan tersilap melakukan prosedur batu karang pada buah pinggangnya.
Hiburan

Awie Hidap Kanser, Buah Pinggang Hampir Dibuang - "Saya Rasa 'Waktu' Saya Dah Nak Habis"

gempak
27/02/2024
08:20 MYT
Datuk Awie mendedahkan pernah diserang kanser buah pinggang tahap awal sekitar tiga tahun lalu.
Laman Utama

Jual 300 Buah Pinggang Pada Orang Kaya, Setiap Satu Berharga Setengah Juta

gempak
04/10/2023
05:50 MYT
Seramai lapan orang termasuk ketua sindiket menjual organ buah pinggang ditangkap pihak berkuasa
Laman Utama

Lama Sakit, Penyanyi Legenda Tina Turner Meninggal Dunia Pada Usia 83 Tahun

gempak
25/05/2023
00:16 MYT
Takziah buat keluarga mendiang.
Laman Utama

Gara-Gara Mengurut Nak Kuruskan Badan, Buah Pinggang Wanita Pecah

gempak
01/12/2022
15:55 MYT
Alamak urut macam mana tu?