Tulisan Khat 'Dicuri' Buat Corak Tudung, Penulis Bengang Dengan Sikap Usahawan Malaysia
Firdaus
15/05/2024 13:55 MYT
15/05/2024 13:55 MYT
Hati siapa yang tidak panas apabila hasil kerja yang dibuat dengan kreativiti sendiri diambil orang tanpa sebarang kebenaran.
"Tulisan khat Selamat Hari Guru ini adalah tulisan saya, mana dapat kebenaran untuk mass production buat produk.
"Mohon penjelasan atau jika tiada jawapan nantikan surat tuntutan (LOD) dari saya," getusnya.
Penulis itu juga menzahirkan rasa kurang senang dengan segelintir usahawan Malaysia yang selamba 'merompak' hasil kerja orang lain demi keuntungan diri sendiri.
"Satu lagi karya saya yang suka hati dicuri dan dibuat produk, siap dibuang tauqi' (tanda), usahawan di Malaysia ni kebanyakan memang selamba je ya?
"Tiada rasa malu ambil hak orang untuk kaut keuntungan?" tambahnya lagi.
Permasalahan itu dimuat naik semula di Platform X di mana ramai warganet memberikan pendapat tentang isu tersebut. .
"Saman dia,"
"Cuba dari awal hubungi je pemilik dan bagi royalti, nak tunggu kena marah baru nak buat,"
"Terus saman jelah. Dah kantoi baru nak kredit. Minta selagi bayaran setiap helai dijual."
"Alhamdulillah, isu selesai dengan 'mutual understanding' kedua belah pihak. Terima kasih juga buat semua rakan yang bantu kongsi sebelum ini.
"Semoga tiada lagi timbul isu sebegini kemudian hari, berharap setiap usahawan, jabatan kerajaan mahupun perseorangan lebih cakna akan hak intelektual pengkarya," ujarnya.
"Mana dapat kebenaran untuk mass production buat produk...
Berikutlah nasib yang menimpa seorang penulis tulisan khat apabila dirinya mendapati salah satu jenama hijab 'mencuri' hasil kerjanya untuk dijadikan sebagai corak tudung."Tulisan khat Selamat Hari Guru ini adalah tulisan saya, mana dapat kebenaran untuk mass production buat produk.
"Mohon penjelasan atau jika tiada jawapan nantikan surat tuntutan (LOD) dari saya," getusnya.
Penulis itu juga menzahirkan rasa kurang senang dengan segelintir usahawan Malaysia yang selamba 'merompak' hasil kerja orang lain demi keuntungan diri sendiri.
"Satu lagi karya saya yang suka hati dicuri dan dibuat produk, siap dibuang tauqi' (tanda), usahawan di Malaysia ni kebanyakan memang selamba je ya?
"Tiada rasa malu ambil hak orang untuk kaut keuntungan?" tambahnya lagi.
Permasalahan itu dimuat naik semula di Platform X di mana ramai warganet memberikan pendapat tentang isu tersebut. .
"Saman dia,"
"Cuba dari awal hubungi je pemilik dan bagi royalti, nak tunggu kena marah baru nak buat,"
"Terus saman jelah. Dah kantoi baru nak kredit. Minta selagi bayaran setiap helai dijual."
Masalah Berjaya Diselesaikan
Bagaimanapun, menerusi perkembangan terbaharu kes, masalah itu telah pun diselesaikan atas kata sepakat penulis dan pemilik jenama tudung berkenaan."Alhamdulillah, isu selesai dengan 'mutual understanding' kedua belah pihak. Terima kasih juga buat semua rakan yang bantu kongsi sebelum ini.