Penyanyi popular Aizat Amdan sedang berusaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Menurut Aizat, ini merupakan usaha kali keduanya memandangkan berat badannya bertambah selepas mencapai berat badan ideal beberapa tahun lepas.

"Saya tetap akan berusaha untuk mencapai target berat badan yang saya inginkan.

"Saya berazam untuk menurunkan berat badan kepada 75 kilogram sebelum berakhirnya tahun ini.

"Bercakap tentang motivasi, saya mengambil tips dari Perdana Menteri Malaysia iatu Tun Dr Mahathir (Tun M) yang masih sihat di usia 93 tahun.

"Tun M pernah berkata, untuk mendapatkan kesihatan yang baik, kita harus mengekalkan berat badan yang ideal," ujarnya.

Aizat berkata demikian ketika ditemui di acara Raja Futsal Malaysia 2018 bertempat di Stadium Panasonic, Shah Alam sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, Aizat sedang sibuk membuat persediaan untuk single terbarunya yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan disamping aktif menulis lagu untuk beberapa artis tempatan.