Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Tun M Letak Jawatan, Netizen Cadang Nama Azwan Ali Jadi PM? Alamak See My Level Lah!

Hanafis Haris 25/02/2020 | 09:01 MYT

Semalam, negara dikejutkan dengan berita tergempar apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Walaubagaimanapun, Tun Mahathir kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Namun, dalam kekalutan rakyat memikirkan siapakah Perdana Menteri Malaysia seterusnya, terdapat juga netizen yang berseloroh mencadangkan nama pengacara kontroversi, Azwan.

Malah, nama Diva AA yang cukup sinonim dengan Azwan telah pun trending di Twitter disamping Tun Mahathir.

“Adakah rakyat Malaysia bercadang ingin melantik Azwan sebagai menteri ke-8," kata seorang netizen.

"Azwan ali next pm" kata seorang lagi pengguna Twitter.

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga netizen yang kreatif menghasilkan barisan kabinet yang menyaksikan Azwan sebagai perdana menteri.

Selain Azwan, usahawan kosmetik Usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Datuk Seri Aliff Syukri, pendakwah sensasi Da'i Nik Farhan, serta beberapa selebriti lain turut diletakkan sebagai menteri kabinet.

Anda boleh lihat hasil kreatif berkenaan di bawah.

Untuk rekod, Azwan pernah bertanding kerusi DUN Bukit Antarabangsa sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Walaubagaimanapun, Azwan hanya memperoleh 90 undi.

Pertembungan lima penjuru bagi DUN berkenaan menyaksikan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga penyandang kerusi itu berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti 25,512 undi.

#Viral #Azwan Ali #Malaysia #Viral
;