Berita

Tun M Umum Bonus Aidilfitri!

gempak
Syafiqah Jalal
16/05/2019
07:40 MYT
Sponsor Banner
Tun M Umum Bonus Aidilfitri!
Sambutan Aidilfitri buat penjawat awam kali ini akan lebih bermakna apabila kerajaan bakal mengumumkan pemberian bonus dalam masa terdekat.
Menurut laporan Astro Awani, berita gembira itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pulau Pinang pada Khamis.
Sekalipun sudah memberi jaminan bonus akan diberikan, namun Dr Mahathir tidak pula jumlah dan tarikh bayaran berkenaan akan dibuat.
“Ada, kita akan isytihar nanti,” katanya ringkas kepada wartawan selepas Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-48 di Spice Arena, Bayan Baru.
Pemberian bonus merupakan berita yang sering ditunggu-tunggu oleh penjawat awam khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebelum ini turut berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.
Beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Melaka juga sudah mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam masing-masing antara RM1,000 sehingga setengah bulan gaji menjelang hari raya.
Sumber Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live