gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ezlisa Loy Hormati Tindakan Elfira, Mohon Netizen Tak Panjangkan Isu - “Sebagai Kakak Sudah Semestinya Dia…”
HIBURAN
Nur Nilam Tidak Berpurdah, Mata Pun Lain - “Itu Bukan Saya, Atas Hati Dan Pemikiran Masing-Masing”
VIRAL
Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dakwa Dic*bul Di Kuil - "Dia Masukkan Tangan Ke Dalam ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Tun Mahathir Genap 100 Tahun, Marina Imbas Detik Getir Dua Pembedahan Jantung: ‘Selamat hari lahir, Daddy!’

Gempak
Gempak
10/07/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Tun Mahathir Genap 100 Tahun, Marina Imbas Detik Getir Dua Pembedahan Jantung: ‘Selamat hari lahir, Daddy!’
Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini genap usia 100 tahun.
Puteri sulungnya, Datin Paduka Marina Mahathir, menzahirkan rasa syukur melihat negarawan ulung itu terus sihat pada usia mencecah tiga angka.
Beliau malah mendedahkan figura yang dikenali sebagai Tun M dan Che Det itu pernah melalui situasi kesihatan yang genting.
"Hari ini, ayah kami genap berusia 100 tahun. Ada ketika dahulu, kami benar-benar tidak menyangka akan sampai ke hari ini, terutamanya pada tahun 2007 apabila beliau menjalani dua pembedahan jantung dalam tempoh dua minggu, dan proses pemulihannya mengambil masa yang sangat lama.
"Namun, dengan izin dan rahmat ALLAH SWT, beliau berjaya melaluinya dan hari ini kami di sini meraikan detik istimewa ini," titip Marina.
Dalam pada itu, Marina juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang pernah berjasa memastikan kesihatan Tun Mahathir berada di tahap yang baik sehingga ke hari ini.
"Untuk itu, kami tidak mampu ungkapkan selain daripada rasa syukur dan terima kasih yang mendalam kepada para pakar bedah, pakar bius, jururawat, ahli fisioterapi, pakar pemakanan dan semua yang telah menjaga serta merawat beliau di Institut Jantung Negara," kongsinya.
Tidak menafikan ada tanda-tanda penuaan selepas mencecah usia seabad, Marina bersyukur daya ingatan Tun M masih baik selain tiada gangguan kesihatan lain.
"Apabila seseorang ayah yang berusia 100 tahun masih sihat dan aktif, amat mudah untuk kami (anak-anak) leka dan mengambil ringan keadaan itu.
"Tanda-tanda penuaan memang ada seperti kulit tangan menipis menampakkan urat-urat yang jelas, namun ia jarang mengganggu, kecuali sesekali terlupa atau tidak mendengar dengan jelas apa yang kita katakan.
"Namun begitu, kami tetap perlu bersedia menghadapi hakikat yang tidak dapat dielakkan, kerana kami tahu suatu hari nanti ia akan tiba dan kita berdoa agar ALLAH melapangkan segalanya."
Sementara itu, kami adik-beradik, anak-anak, anak saudara, cucu saudara dan cicit hanya mampu bersyukur kerana masih berpeluang berbual, ketawa, bermain dan memeluk ayah kami/Tok Det/Nyang.
"Dan lebih manis lagi, beliau masih ditemani oleh insan kesayangannya, ibu, yang sentiasa di sisi.
"Selamat hari lahir, Daddy! Semoga kesihatan dan tenaga sentiasa dikekalkan. Kami semua sangat menyayangi Daddy. #TunM100," kongsinya.
Sekadar info, Tun Mahathir memimpin negara sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1981 hingga 2003 dan 2018 hingga 2020.
Beliau melangsungkan perkahwinan dengan isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pada 5 Ogos 1956.
Perkahwinan mereka diserikan dengan empat orang cahaya mata terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan iaitu Datin Paduka Marina, Mirzan Mahathir, Tan Sri Mokhzani dan Datuk Seri Mukhriz.
Selain itu, beliau juga mengambil tiga orang anak angkat.
Sumber: Sinar Harian Plus
Topic Berkaitan
#Sakit
#Tun M
#Marina Mahathir
#Tun Mahathir
#Jantung
#Cemas
#Detik
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement