Tun Mahathir Positif COVID-19, Kini Dirawat Di IJN

Amri Hassan
Ogos 31, 2022 05:33 MYT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan positif jangkitan COVID-19 pagi ini.

Dalam satu kenyataan ringkas oleh pejabat beliau di laman media sosialnya, Ahli Parlimen Langkawi itu telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi tujuan pemantauan selama beberapa hari.
Kenyataan Pejabat Dr Mahathir itu turut menyebut bahawa tindakan itu dibuat berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau.

KENYATAAN YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad disahkan positif Covid-19 pagi ini. Dr Mahathir telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan buat beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan. PEJABAT DR MAHATHIR BIN MOHAMAD 31 Ogos 2022 pic.twitter.com/b2tgrpoaCQ

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) August 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Perdana Menteri #IJN #Tun Mahathir #COVID-19