"Tun Mahathir Ziarah Saya 45 Minit" - Anwar Ibrahim

Amri Hassan
Jun 26, 2018 13:14 MYT
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meluangkan masa selama 45 minit menziarahi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.
Menurut Anwar, sepanjang tempoh itu perbualan berkisar tentang tahap kesihatannya sebaik pulang dari Turki beberapa hari lalu.
Beliau turut berterima kasih di atas kelapangan Dr Mahathir berkunjung ketika beliau sedang menerima rawatan.
"Terima kasih dari saya dan Azizah atas kelapangan masa YAB Tun Dr Mahathir berkunjung menziarah saya di PPUM tatkala saya menerima rawatan.
"Meski terkekang jadual yang padat, kami bersyukur atas keprihatinan beliau. Semoga Allah mengurniakan kemudahan & kesihatan yang berterusan," tulis Anwar menerusi akaun Instagram beliau.
Anwar dimasukkan ke hospital Sabtu lalu selepas mengalami kesakitan di bahagian bahu sebaik pulang dari Turki.
Sumber: Astro Awani
Foto: @anwaribrahim_my
#Sakit #Sakit #Tun Mahathir Mohamad #Datuk Seri Anwar Ibrahim