Laman Utama
Tun Samy Vellu Meninggal Dunia
Bekas Presiden MIC Tun S Samy Vellu meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya kira-kira jam 8 pagi di Jalan Ipoh.
Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam satu kenyataan di Facebook beliau sebentar tadi.
"Dengan rasa sedih dan pilu, saya menerima berita tragis pemergian Tun Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan menteri lagenda dalam Kabinet Malaysia daripada anaknya Datuk Seri Vell Paari," katanya
Difahamkan beliau meninggal dunia ketika dalam tidur.
Dalam pada itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang di atas pemergian ahli politik veteran itu.
Sumber- Awani