Tunai Hajat Arwah Bapa, Ini Foto Menarik Sekitar Majlis Persandingan Fazley & Azrene... Meriah!

Kamaruddin Razal
November 27, 2018 21:28 MYT
Menunaikan hajat arwah bapa, Datuk Yaakob Muhammad, majlis persandingan semula cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob dengan isterinya, Datin Azrene Ahmad berlangsung dengan sederhana tapi meriah malam tadi.
Diraikan dengan penuh rasa kesyukuran, majlis terbabit berlangsung di Lanai Tamu Event Hall, Damansara Perdana.
Pasangan merpati dua sejoli ini diraikan lebih 350 tetamu yang terdiri daripada keluarga, sahabat handai serta teman media.
Lebih manis, empat cahaya mata mereka iaitu Ahmad Fariedz, 10, Ahmad Fieradz, 8, Ahmad Fierudz, 7 dan Alayna Selma, 1, turut sama-sama meraikan majlis indah terbabit.
Bertemakan tradisional moden, Fazley kelihatan kacak menggayakan busana rekaan Bon Zainal.
Azrene pula kelihatan jelita menyarungkan persalinan indah rekaan pereka fesyen terkemuka, Fizi Woo.
BACA: "Sebenarnya, Isteri Saya Tak Nak Bersanding..." - Fazley Yaakob
Jom kita lihat foto-foto menarik sekitar majlis persandingan Fazley dan Azrene:
#Bersanding #Fazley Yaakob