9 Mei 2018 bakal melakar sejarah baharu sekali lagi dalam atmosfera politik tempatan apabila semua rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tidak terkecuali juga para selebriti dan artis melaksanakan tanggungjawab masing-masing turun mengundi.

Gempak sajikan gelagat beberapa selebriti popular tempatan yang sudah turun mengundi seawal jam 8 pagi tadi.

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza

Cheras menjadi lokasi mengundi penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi kemas kininya di Instagram, penyanyi lagu Cindai itu memuat naik foto jarinya bertanda dakwat kekal bukti dia sudah mengundi.

"Kami dah pangkah," tulis Siti.

Kami dah pangkah?‍♂️ .. #memilihdenganbijak #deminegarakuygtercinta #hakdantanggungjawab

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


2. Datuk Hans Isaac

Hans menerusi kemaskini di Instagramnya sejak malam tadi mengajak orang ramai menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk turun mengundi dengan menggunakan foto superimposed Captain America.

"Time to vote," tulis Hans sambil berkongsi kemeriahan pengundian di Ampang, Kuala Lumpur.

Time to ☝️vote .

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on


3. Lisa Surihani

Pelakon cantik Lisa Surihani pula memuat naik Instastory menyaksikan dia turun mengundi di Kajang, Selangor.

"Good morning, i'm with my Daddy, selamat mengundi," ucap Lisa.



4. Zarul Umbrella

Vokalis Umbrella, Zarul Husin juga telah menjalankan tanggungjawabnya mengundi di Shah Alam, Selangor awal pagi tadi.

"Tanggungjawab telah ditunaikan, sekarang mana nak breakfast ni?" tulis Zarul.

Tanggungjawab telah ditunaikan, skrg mana nk breakfast ni? #PRU14 #GE14 #zarulhusin #zarulumbrella #remuk #ramalankubenarbelaka #jangankataabangtakmengundi

A post shared by Zarul Husin (@zarulumbrella) on


5. Liza Hanim

Pelantun Siapa Sangka Siapa Menduga, Liza Hanim juga telah selesai mengundi.

"Pagar belum bukak akak dh terpacak hahahha bawak bonda tercinta tunai kewajipan," tulis Liza.

Pagar belum bukak akak dh terpacak hahahha bawak bonda tercinta tunai kewajipan...

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on


6. Jaclyn Victor

Penyanyi Jaclyn Victor juga tidak ketinggalan berkongsi detik-detiknya mengundi.

"Woot woot!! It was a good two and a half hours kot but well worth it!! For my children and for my Malaysia.

"My heart has been beating so fast since last night. I am praying all will be well whatever the outcome.

"We are all blessed to call Malaysia our home. Let's all come together for peace and unity. Love you Malaysia," kongsi Jac.

I was supposed to go sort my back out this morning before voting, but decided I didn't wanna take any chances with it being such an important day. My back will just have to wait la. Still in the queue. I was fooled thinking there were only a about 40 people in front me. Hahahaha. Rupanya diorang u turn kat hujung tu. Its a good thing. The turn out is amazing. I will persevere. Hahaha. Hope you guys are standing in a queue somewhere if you haven't already voted. God bless Malaysia. Love you my fellow malaysian brothers and sisters. #mymalaysia #ilovemalaysia #dowhatyouthinkisright #dowhatyouthinkisbest

A post shared by Jaclyn Victor (@jaclyn_victor) on

Woot woot!! It was a good 2 and a half hours kot but well worth it!! For my children and for my Malaysia. Ku sanggup apa saja. My heart has been beating so fast since last night. I am praying all will be well whatever the outcome. We are all blessed to call Malaysia our home. Let's all come together for peace and unity. Love you Malaysia ? #mymalaysia #ilovemalaysia #dowhatyouthinkisright #dowhatyouthinkisbest

A post shared by Jaclyn Victor (@jaclyn_victor) on


7. Marsha Milan

"Saya sudah jalankan tugas saya!" tulis Marsha di Instagramnya.

Penyanyi itu juga turut mengemaskini Instastory sepanjang proses pengundian pagi tadi.

Saya sudah jalankan tugas saya! #pru14

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on


8. Vince Chong

Pertama kali mengundi, Vince berkongsi keterujaannya di Instagram.

"My first time voting. Was so scared to get any smudge on the paper... Power to the people," tulisnya yang mengundi di Seputeh.

My first time voting ... Was so scared to get any smudge on the paper... Power to the people !! #voteforchange #godblessmaysia #pru14 #seputeh

A post shared by Vince Chong (@vincetogram) on


9. Nourul Depp

Penyanyi Nourul Depp Wahab juga sempat berkongsi detik-detik mengujakan mengundi di Petaling Jaya, Selangor.

"I did my responsiblity to my country and to my kids future," tulis Nourul.

I did my responsiblity to my country and to my kids future. ❤️????. #PRU14 #GE14 Psssttt... dakwat tu cayaq (cair) no.... jaga jaga na semua. Jangan kotorkan kertas undi. Sat gi jadi undi rosak . Baik baik na. Jangan lupa check chop Kat kertas undi. Jangan lupa IC. Jangan lupa pangkah yang sepatutnya pangkah na . Love you all. Untuk Malaysia. Untuk semua. Minum lah #herbalife #herbalifenutrition eh tetiba hahahhaa ? . #yestowellness #yestowellnessteam #yestowellnessmalaysia #yestowellnessfamily #herbalifefamily #presidenteam

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on


10. Michael Ang

"Mengundi dah pun! Tapi yang penting bila result dah keluar siapa-siapa yang menang kita sokong aje!

"Kalau dia tak bagus 5 tahun lagi kita tukar orang! Luv Malaysia!" tulis pengarah drama Rahsia Hati Perempuan ini.

Mengundi dah pun! Tapi Yg penting bila result dah keluar siapa siapa Yg menang kita sokong aje! Kalau dia tak bagus 5 tahun lagi kita tukar org! So talk payah nak gaduh2 n cakap tu ini kalau calon pilihan kita kalah! Kita sokong aje siapa Yg majorities pilih! Luv Malaysia!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on


Teks oleh: Amri Hassan
Foto; Instagram