Laman Utama
Tunai Umrah Dengan Keluarga, Ayu Ting Ting Doa Jodoh Untuk Dirinya
Penyanyi dangdut popular, Ayu Ting Ting kini telah pun berada di tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.
Ayu atau nama sebenarnya, Ayu Rosmalina berangkat ke sana dengan sembilan anggota keluarga termasuk anaknya, Bilqis Khumairah Razak.
Pelantun lagu Sambalado itu berkata, perancangan untuk mengerjakan umrah telah lama direncanakan, iaitu sejak dua tahun lalu.
Namun, disebabkan dunia dilanda COVID-19, hasratnya itu tertangguh dan hanya boleh direalisasikan pada pertengahan tahun ini.
"Yang ikut sembilan orang. Sebenarnya, saya rancang pergi ke umrah dua tahun lalu. Namun, terpaksa ditangguhkan sebab pandemik. Alhamdulillah rezeki ada tahun ini,” kata Ayu menerusi KapanLagi.
Umrah kali ini istimewa buat Ayu Ting Ting. Hal ini kerana, Ayu turut membawa anak tunggalnya, Bilqis.
Sekarang dia sudah semakin besar dan memahami. Dia bersemangat untuk ikut. Sungguhpun dia ada ujian semester, tetapi segalanya sudah dibereskan,” ujarnya.
Banyak doa yang ingin Ayu Ting Ting sampaikan ketika berada di tanah suci. Selain meminta terus diberi kesihatan, wanita berusia 29 tahun itu juga punya doa supaya diberikan jodoh yang terbaik.
"(Semoga) semua keluarga sihat, panjang umur, rezeki lancar, sama dapat jodohlah," tutup Ayu.
Untuk rekod, Ayu Ting Ting mendirikan rumah tangga dengan bekas suami, Enji Baskoro pada Julai 2013 dan bercerai pada April 2014.
Must-Watch Video