Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi bakal berangkat ke tanah suci, Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarga hari ini.

Saharul menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali diri dan ahli keluarganya.

"Assalamualaikum semua. Insyaallah, saya dan keluarga akan berangkat esok untuk menunaikan umrah.

"Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin meminta maaf andai ada tersalah silap kepada semua, andai ada yang terasa hati, maafkanlah kami sekeluarga dan doakanlah agar semuanya dipermudahkan Allah SWT, agar kami mendapat umrah yang mabrur. Amin Ya Rabb. Terima kasih semua," tulisnya.

Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Saharul berjalan lancar.

Saharul dan isterinya, Qaabila Deena Emir berkahwin pada 16 September 2016.

Pasangan tersebut menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Luth Ali pada 6 Jun tahun lalu.

Dalam perkembangan terkini, Saharul muncul dalam drama bersiri Selafaz Cinta mulai 27 November lalu.

Selain Saharul, drama Selafaz Cinta ini turut menampilkan pelakon Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Sura Sojangi, Luqman Hafidz, Riz Amin, Cha Cha Maembong, PU Rizz dan ramai lagi.

Selafaz Cinta bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Assalamualaikum semua. InShaaAllah, saya dan keluarga akan berangkat esok utk menunaikan umrah. Di kesempatan ini, kami sekeluarga ingin meminta maaf andai ada tersalah silap kepada semua, andai ada yang terasa hati, maafkanlah kami sekeluarga dan doakanlah agar semuanya dipermudahkan Allah SWT, agar kami mendapat umrah yang mabrur. Amin Ya Rabb. Terima kasih semua ❤️ . Rabbi Yassir Wala Tu 'assir, Rabbi Tammim Bil Khair.

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on