Berita
Tunang Raja Afiq Muntah-Muntah, Ditahan Di Wad Gara-Gara...
Penyanyi yang juga merupakan tunang kepada pelakon Raja Afiq, Soffwany terpaksa menerima rawatan di wad sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor selepas mengalami keracunan makanan.
Soffwany yang juga merupakan bintang program realiti Suara Viral itu berkata, dia mula dimasukkan ke wad sejak malam semalam selepas mengalami cirit-birit dan muntah tanpa henti sejak dua hari lalu.
"Saya dah mula cirit-birit dua hari lepas selepas makan nasi lemak yang dijual di sebuah gerai. Doktor kata kemungkinan saya keracunan makanan.
"Pada mulanya saya hanya pergi ke klinik, namun, keadaan semakin teruk apabila saya mula muntah-muntah pula dan minta tolong Afiq bawa pergi ke hospital," katanya ketika dihubungi Gempak.
Begitupun menurut Soffwany, dia kini ditahan di wad pengasingan sementara menunggu keputusan ujian saringan Covid-19.
"Sekarang ni pun saya masih menunggu di wad sementara dulu sebab prosedur operasi standard (SOP) untuk masuk wad sebenar kena tunggu keputusan saringan Covid-19 negatif.
"Doktor kata nak buat pemeriksaan secara menyeluruh dulu. Petang ini saya akan buat ultrasound (ujian imbasan ultra bunyi)," katanya yang juga merupakan anggota polis.
Begitupun, katanya, keadaan dirinya kini sudah beransur baik.
Soffwany mengikat tali pertunangan dengan Raja Afiq pada Mac lalu secara rahsia sebelum berkongsi kepada umum dua bulan kemudian.
Saksikan program yang menampilkan Soffwany di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video