Laman Utama
Tunang Shuib, Watie Selesai Kursus Kahwin Di Usia 35 Tahun - "Orang Kata Yang Lambat Selalunya..."
Tunang kepada pelawak Shuib, Watie Hanafiah, 35, memaklumkan sudah pun selesai menjalani kursus perkahwinan baru-baru ini.
Namun Watie yang juga seorang usahawan itu memberitahu dia antara peserta tertua yang menyertai kursus itu.
“Peserta tertia. Tidak mengapalah, orang kata yang lambat selalunya sebab Allah SWT nak beri yang terbaik dan paling tepat.
“Mungkin sebab selalu dengar kata orang, akhirnya dapat, #sabarituindah,” katanya.
Watie berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri dalam Instagram.
Dalam perkongsian lain, di Insta Story miliknya juga dia memuat naik foto sijil kursus perkahwinannya selain turut berkongsi rasa teruja untuk bergelar seorang isteri kepada Shuib.
“Yeay! Sudah boleh kahwin kan Shuib?” tulisnya.
Terdahulu, Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Watie di Shah Alam, Selangor.
Pasangan itu kemudian mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 23 Jun depan.
Sebelum ini perkahwinan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan kini berusia setahun.
Must-Watch Video