Tunggu 7 Tahun Untuk Dikurniakan Zuriat, Suami Isteri Beri Nama Anak ‘Alhamdulillah Rejeki Hari Ini
Azwa Rahman
08/02/2021 15:20 MYT
08/02/2021 15:20 MYT
Pasangan suami isteri dari Yogyakarta memberi nama unik untuk bayi mereka iaitu 'Alhamdulillah Rejeki Hari Ini'.
Memetik laporan Detik News, Didit Saputro, 39, dan isterinya Meidiana, 35, dari Bantul memberi nama itu bagi meluahkan rasa syukur selepas tujuh tahun mencuba untuk mendapatkan zuriat.
“Kami menunggu selama tujuh tahun sejak pernikahan pada tahun 2012, tetapi Alhamdulillah kami diberi rezeki bayi lelaki pada 7 September 2019," katanya.
Didit yang merupakan seorang jurufoto profesional memberitahu isterinya telah menjalani kaedah rawatan kesuburan di hospital termasuk rawatan alternatif seperti perubatan tradisional.
"Semasa dalam usaha mendapatkan anak, isteri ditimpa kemalangan motosikal pada 2018 hingga mengalami patah tulang kaki.
"Kerana isteri enggan menjalani pembedahan, kami memilih rawatan tradisional di Borobudur. Tukang urut memberitahu isteri mengalami masalah saraf dan sukar untuk hamil.
“Isteri perlu menjalani rawatan sehingga November 2018. Akhirnya pada Februari 2019, kami mendapat berita gembira apabila isteri disahkan hamil dua bulan.
"Ya, saya benar-benar tidak menjangkakannya, semua yang berlaku kerana izin dari Allah SWT," katanya.
Sebelum ini, keunikan nama bayi itu menjadi bualan hangat masyarakat termasuk wargamaya selepas kad pengenalan diri bayi tersebut tular.