"Tunggu Besar Sikit Saya Kongsi Gambar Baby" - Ruzaini Belum Mahu Berkongsi Nama Cahaya Mata, Tapi Pasti Ada Nama...

Badrul Hashim
November 5, 2020 07:00 MYT
Pereka fesyen terkenal Ruzaini Jamil buat pertama kalinya berkongsi sedikit gambar cahaya mata sulungnya di Instagram.
Sebelum itu, Ruzaini berkongsi berita bahawa isterinya, Nurul Hidayati Yahya melahirkan cahaya mata pertama mereka lebih awal daripada yang dijangkakan.
Baca: Isteri Bersalin Lebih Awal, Pereka Fesyen Ruzaini Jamil Menangis Azankan Anak Sulung
Dalam entri terbaru di Instagram miliknya, Ruzaini memberitahu dia masih belum bersedia untuk berkongsi nama cahaya matanya itu.
"Assalamualaikum. Buat yang bertanya tentang baby saya, terima kasih saya ucapkan. Alhmdulillah ramai yang sayang dia. Nama saya masih belum reveal sebab ingat nak settlekan pendaftaran dulu dgn JPN dan temujanji 25hb November ini. Yang pasti, nama memang akn mula dengan “Wan” sebab ikut abah dia," tulis Ruzaini.
Tambah Ruzaini, dia juga membuka akaun Instagram untuk anaknya itu.
"Lately baru berkesempatan untuk buat ig baby iaitu @babyruzaini. IG ni sy dan isteri decide untuk buat supaya nanti momen2 indah anak kesayangan kami ni dpt kami tatap bila tua nanti (InsyaAllah jika panjang umur).
"Gambar pertama baby InsyaAllah saya akn kongsi tidak lama lagi. Nak tggu besar sikit memandangkan baby kami lahir awal dari tarikh yg sepatutnya," tulis Ruzaini lagi.
Ruzaini dan isterinya Hidayati menunggu selama empat tahun untuk mendapat cahaya mata mereka yang pertama.
#Nama Anak #Ruzaini Jamil