“Tunggu Kami Di Syurga Ya”- Baru Berusia 3 Hari, Bayi Sulung Azmi Saat Meninggal Dunia
30/09/2021 05:31 MYT
Perkara itu disahkan pengurusnya, Syah Rahman sebentar tadi.
Menurut Syah, bayi diberi nama Khairul Afnan itu menghembuskan nafas terakhir dipangkuan ibunya, Nazira Muhammad di Hospital Pakar Ohana, Kuala Lumpur.
"Selepas alat bantuan pernafasan dicabut, Azmi dan isteri diberi peluang meriba anak mereka sehingga nafas terakhir,” katanya.
Sementara itu, berita dukacita itu juga dimaklumkan Azmi menerusi satu posting di Instagramnya.
“Allah lebih menyayanginya, Afnan tunggu kami di syurga ya” tulisnya ringkas.
Terdahulu, sekitar awal pagi tadi Azmi memohon orang ramai untuk mendoakan bayi lelakinya yang sedang berdepan masalah kesihatan.
Menerusi laman sosial Instagram, Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat, 37, berkongsi berita tersebut untuk tatapan umum.
“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji,”.
Sekadar info, Pada Isnin lalu, Azmi dan isteri iaitu Nazira Muhammad, 35, meluahkan saya syukur dikurniakan cahaya mata pertama selepas penantian selama 10 tahun.