Hiburan

Tunggu Masa Yang Sesuai..." - Ini Reaksi Reen Rahim Apabila Ditanya Tentang Perkahwinan

gempak
Asraf Aided
08/11/2019
11:30 MYT
Sponsor Banner
Tunggu Masa Yang Sesuai..." - Ini Reaksi Reen Rahim Apabila Ditanya Tentang Perkahwinan
Pelakon Reen Rahim sedang menunggu masa yang sesuai untuk menamatkan zaman bujangnya.
Menurut Reen, dia belum merancang untuk menamatkan zaman bujangnya, namun sedang menunggu masa yang sesuai untuk merancang soal perkahwinan.
"Sejujurnya saya masih belum merancang untuk berkahwin, namun sedang menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
"Buat masa ini, saya tidaklah menyorok siapa teman lelaki saya dan pada masa yang sama tidak mahu terlalu menunjuk siapa dia.
"Namun, saya rasa sudah ramai yang ternampak saya ketika keluar bersamanya," ujar Reen.
Reen berkata demikian ketika ditemui di malam gala tayangan filem KL Vampires bertempat di e-Curve, Petaling Jaya semalam.
Dalam pada itu, Reen memuji kerjasama yang diberikan oleh pelakon lain sepanjang proses penggambaran filem berkenaan.
"Meskipun penggambaran filem ini dijalankan tiga tahun lalu dan ketika itu saya memang seorang pelakon yang masih terlalu baru, namun kerjasama yang diberi oleh pelakon lain sangat baik dan betul-betul membantu saya.
"Mereka sememangnya profesional dan sentiasa memaparkan disiplin yang baik," tambahnya.
Selain Reen, KL Vampires turut dibintangi oleh Aeril Zafrel, Raja Ilya, Josiah Hogan, Saiful Apek, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi.
KL Vampires merupakan filem fiksyen yang mengisahkan tentang golongan 'vampire' yang merupakan keturunan Raja Bersiong.
Filem arahan Daven R. ini bakal menjengah pawagam pada 14 November ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live