Tunjuk Bakat Adik-Adik, Saluran Disney Cari Mousekeeter Kelab Mickey Mouse Terbaru!

Azwa Rahman
Julai 31, 2020 02:17 MYT
Berita baik untuk adik-adik yang gemar menyanyi, menari dan menjadi hos, kini anda boleh menjadi sebahagian daripada mousketeer kelab Disney menerusi Pencarian bintang #CMMStarSearch2020.
Terbuka khas untuk mereka yang berusia 13 hingga 16 tahun, adik-adik berpeluang untuk menjadi mousketeer terbaru dengan menyertai ujibakat secara digital.
Apa yang adik-adik perlu buat adalah mencipta satu video pengenalan diri serta persembahan tarian atau nyanyian dan hantar permohonan tersebut di laman web ini: https://tv.disney.my/clubmickeymouse
Lagu nyanyian mestilah daripada dua pilihan lagu yang diberikan dan inilah masanya adik-adik mempamerkan bakat serta personaliti terbaik masing-masing.
Lebih menarik, 170 kanak-kanak pertama yang melanggan Astro Kids Pack yang menyertai uji bakat ini akan mendapat hadiah istimewa!
Untuk sebarang maklumat lanjut serta tips berdepan uji bakat, adik-adik boleh pergi ke Instagram rasmi Club Mickey Mouse Malaysia (@ClubMickeyMouseMY).
Jangan lupa tonton saluran Disney di Astro 614 (HD) dan 634 (SD) untuk mengambil pelbagai inspirasi.
#Kelab Mickey Mouse #Mouskeeter #Saluran Disney