SUKAN
Tunjuk Isyarat Lucah, Amad Diallo Mohon Maaf - "Saya Hanya Membalas Kepada…"
Pemain Manchester United, Amad Diallo memohon maaf atas tindakannya yang menunjukkan isyarat lucah kepada peminat di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam satu hantaran di platform X, Amad menyatakan bahawa dia tiada niat untuk menunjukkan isyarat lucah tersebut kepada peminatnya.
"Saya tiada niat untuk melukakan hati sesiapa, saya hanya membalas kepada individu yang memberikan respon tidak baik kepada saya.
"Saya minta maaf kepada sesiapa yang terasa," katanya.
Dalam pada itu, Amad juga berkongsi bahawa lawatannya bersama Man United ke Malaysia merupakan perjalanan yang sangat menakjubkan.
"Lawatan ke Malaysia sangat menabjukkan," tambahnya.
Bagaimanapun, peminat bola sepak tidak dapat menerima permohonan maaf daripada pemain berusia 22 tahun itu.
Terdahulu, pemain Manchester United, Amad Diallo menyatakan dia tidak menyesal dengan insiden menunjukkan isyarat lucah kepada peminat di Kuala Lumpur sambil mendakwa bahawa peminat terbabit telah menghina ibunya.
Selepas kekalahan 0-1 United dalam perlawanan persahabatan menentang Asean All-Stars pada Rabu, rakaman video tular di media sosial menunjukkan Amad mengangkat jari tengah kepada peminat di luar hotel pasukan.
Must-Watch Video