Tunjuk Skil Tebar Murtabak, Wani Syaz Dapat Pujian Netizen - "Boleh Buat Part Time Kat Mamak Ni.."
Kamaruddin Razal
03/05/2020 23:52 MYT
03/05/2020 23:52 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pendusta Cinta, Wani Syaz menonjolkan kebolehannya menebar murtabak.
Wani berkongsi perkara menarik terbabit di salah sebuah entri terbaru yang di muat naik di laman Instagram miliknya.
"Bagi korang, apa makanan wajib yang mesti ada bila berbuka?! Kalau Wani, murtabak!
"Wani makan murtabak campur dengan nasi putih. Hihi jadikan lauk," tulis Wani.
Gaya Wani yang kelihatan tidak kekok menebar murtabak menarik perhatian peminatnya.
Di ruangan komen, peminat serta rakan-rakan artis seperti Siti Sarah dan Yatt Hamzah memuji kebolehan Wani.
Difahamkan, Wani mempunyai kepakaran menebar murtabak kerana dia sering membantu perniagaan keluarganya yang membuka restoran Beezer Box di Seri Medan, Batu Pahat Johor.
Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.