Berita

Tunku Hanis Terkena Jangkitan Pneumonia

gempak
Syafiqah Jalal
15/01/2020
01:32 MYT
Sponsor Banner
Tunku Hanis Terkena Jangkitan Pneumonia
Pelakon Tunku Hanis terkejut apabila dia disahkan menghidap pneumonia selepas membuat pemeriksaan x-ray di klinik.
Justeru, Hanis menyarankan orang ramai berjaga-jaga dengan udara dan persekitaran di luar kerana ia sudah menjadi semakin buruk.
“Baru balik dari klinik! The x-ray is resulted from pneumonia!
“Tak nak cakap banyak! Everyone tolong cucuk vaksin segala anti radang please!
“The air is very hazardous! Gila! Tolong! Pakai mask dan guna sanitiser! Jauhkan diri dari berada di tempat yang ramai orang. Sayangi diri anda,” tulisnya.
Hanis berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia menuat naik foto yang menunjukkan hasil x-ray ke atas dadanya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar dia segera sembuh.
Sekadar info, pneumonia adalah penyakit infeksi yang menyerang paru-paru, sehingga menyebabkan kantung udara di dalam paru-paru meradang dan membengkak.
Kondisi kesihatan ini sering kali disebut dengan paru-paru basah, sebab paru boleh dipenuhi dengan air atau cairan lendir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024