Tuntut Duit Persiapan Raya Anak, Elly Mazlein Tempelak Azmi Hata

Kamaruddin Razal
Jun 11, 2018 08:05 MYT
Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein menempelak bekas suaminya, Azmi Hata dan mendakwa pengarah itu tidak memberikan wang persiapan untuk sambutan Hari Raya anak mereka, Putri Sara Sefhia, 2.
Elly meluahkan rasa hatinya menerusi dua entri terbaru di laman Instagram miliknya.
Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, pernah bernikah dengan Azmi pada 9 November 2014 dan mereka bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sarat hamil empat bulan.
Selepas itu, Azmi mendirikan rumah tangga dengan aktres Faye Kusairi pada 9 April 2017.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Elly
#Elly Mazlein #Penyanyi #Penyanyi