Hiburan

“Turun Tengok Baby Lagi, Kadang Rasa Sebak Tapi Abah Kuatkan Juga…” - Sayunya Luahan Suami Abby Abadi

gempak
Mya Amri
01/10/2019
07:46 MYT
Sponsor Banner
“Turun Tengok Baby Lagi, Kadang Rasa Sebak Tapi Abah Kuatkan Juga…” - Sayunya Luahan Suami Abby Abadi
Suami pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi perkembangan terbaru anak lelakinya yang dilahirkan secara pramatang pada 27 September lalu.
Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Faizal atau lebih mesra dengan panggilan Jai meluahkan rasa syukur kerana perkembangan positif yang ditunjukkan oleh anaknya itu.
“Day 4... Baby D hari ni abah turun tengok baby lagi. Alhamdullilah perkembangan baby terus positif. Mancung hidung Baby D mesti ikut abah ni betul tak mama @abby_abadi112.
“Baby D dah kencing ya, abah pegang kaki baby terus kencing. Doktor kata itu perkembangan baik sangat-sangat lega hati abah.
“Baby D dah minum susu mama. Insya-Allah boleh jadi lebih kuat, abah akan hantar susu untuk baby tiap-tiap jam tiap-tiap hari. Jangan risau baby D akan terus dapat minum susu mama.
“Baby tiap kali abah jumpa baby, abah akan azan biar baby dengar, abah mengaji untuk baby terus kuat.
“Walaupun kadang kala tu rasa sebak, tapi abah kuatkan juga. Abah nak baby dengar betapa nikmatnya kalimah azan.
“Ramai yang doakan baby D tiap-tiap hari, semua nak baby sihat. Abah dan mama tak sabar nak peluk baby.
“Lupa nak bagitahu... Abang Daiyan dan Kakak Dayana pun datang ni tapi tak dapat tengok baby. Mereka tunggu baby balik rumah nanti ya.
“Abah dan mama sentiasa doakan baby D agar panjang umur, diberikan kesihatan yang terbaik, abah sayang baby, abah rindu baby.
“Abah harap baby terus kuat dan kuat... Kalau sakit ini boleh ditukar ganti... Dah lama abah lakukan.
“Ya Allah, aku hamba yang hina dan tidak layak untuk aku meminta dengan Mu, tapi Engkau yang Maha Pemurah, Engkau yang menjadikan alam ini, Engkau yang boleh hidupkan yang mati, Engkau yang lebih berkuasa dari segala-galanya.
“Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, panjangkan umur baby D, Kau berikan kesihatan yang terbaik untuknya... Kau berikan berita gembira untuk kami dan Kau hindarkan berita kedukaan untuk kami
“Sayang Abah... Jangan risau abah tetap bersama baby setiap masa... Kerana abah tidak akan jemu untuk perdengarkan azan, Al-Quran untuk baby... Biar roh-roh kalimah Allah terus bersama Baby D setiap saat dan waktu,” coretnya.
Day 4......Baby D hari ni abah turun tengok baby lagi...Alhamdullilah perkembangan baby terus positif . Mancung hidung Baby D.....mesti ikut abah ni betul tak mama @abby_abadi112 . Baby D dah kencing ya...abah pegang kaki baby terus kencing...Doc kata itu perkembangan baik sgt2...lega hati abah . Baby D dah minum susu mama, InsyaAllah boleh jadi lebih kuat....abah akan hantar susu untuk baby tiap2 jam tiap2 hari....jangan risau baby D akan terus dapat minum susu mana . Baby tiap kali abah jumpa baby, abah akan azan biar baby dengar...abah mengaji untuk baby terus kuat.. . Walaupun kdg kala tu rasa sebak, tapi abah kuatkan juga...abah nk baby dengar betapa nikmatnya kalimah azan... . Ramai yang doakan baby D tiap2 hari, semua nak baby sihat...abah dan mama tak sabar nk peluk baby . Lupa nak bagitahu...Abg Daiyan & Kakak Dayana pun datang ni tapi tak dapat tengok baby...mereka tunggu baby balik rumah nnt ya . Abah dan mama sentiapa doakan baby D agar panjang umur, diberikan kesihatan yang terbaik, abah sayang baby...abah rindu baby . Abah harap baby terus kuat dan kuat....kalau sakit ini boleh ditukar ganti...dah lama abah lakukan... . Ya Allah, aku hamba yang hina dan tidak layak untuk aku meminta dengan Mu, Tapi Engkau Yang Maha Pemurah, Engkau Yang menjadikan Alam ini, Engkau Yang boleh hidupkan yang mati, Engkau yang lebih berkuasa dari segala2nya . Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, panjangkan umur baby D, Kau berikan kesihatan yang terbaik untuknya...Kau berikan berita gembira untuk kami dan Kau hindarkan berita kedukaan untuk kami . Sayang Abah.....jangan risau abah tetap bersama baby setiap masa...kerna abah tidak akan jemu untuk perdengarkan azan, alquran untuk baby...biar roh2 kalimah Allah terus bersama Baby D setiap saat dan waktu.
A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on
BACA: “Kena Operate Untuk Selamatkan Nyawa Dua-Dua”- Abby Abadi Turun Darah, Norman Hakim Pohon Doa
Terdahulu, Abby terpaksa melahirkan bayi lelakinya secara pembedahan dan pramatang demi menyelamatkan nyawa kedua-duanya selepas Abby mengalami tanda-tanda bersalin pada awal pagi.
Sebelum ini pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live