Laman Utama

Turut Berduka Dengan Tragedi Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia, Krisdayanti Titip Doa Buat 127 Mangsa Terkorban

gempak
Shahrin Zulkifle
03/10/2022
03:00 MYT
Sponsor Banner
Turut Berduka Dengan Tragedi Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia, Krisdayanti Titip Doa Buat 127 Mangsa Terkorban
Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti meluahkan rasa sedih susulan insiden rusuhan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak di Jawa Timur, Jakarta yang meragut nyawa seramai 127 orang.
Menerusi hantaran di Instagaram, Krisdayanti, 47, turut terkesan dan berduka dengan kejadian tersebut serta mendoakan mangsa yang terkorban ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
“Innalillahiwainnailihirajiun. Dari lubuk hati yang paling dalam, saya turut berduka cita sedalam-dalamnya atas kejadian yang menimpa pecinta bola sepak tanah air di Stadium Kanjuruhan, Malang.
“Semoga 127 korban jiwa yang meninggal mendapatkan tempat terbaik di sisi Allah SWT serta keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan. Aamiin ya Allah,” tulisnya pada kapsyen.
Terdahulu, Ketua polis Indonesia di wilayah Jawa Timur, Nico Afinta memaklumkan, seramai 127 orang terkorban dan 180 lagi cedera dalam keganasan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan di Jawa Timur ketika perlawanan berlangsung di antara pasukan Arema dan Persebaya Surabaya.
Menurut laporan media tempatan, ribuan penyokong Arema meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas, malah beberapa pemain Arema yang ketika itu masih berada di atas padang turut diserang.
Dipercayai rempuhan bermula apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai.
BACA: 127 Maut Rusuhan Bola Sepak Di Indonesia
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live